Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 5, 2013

ALHAMDULILLAH ! MASJID DAN SURAU AKAN PENUH DI KUALA BESUT

 Komen : Alhamdulilah semoga kali ini sama-sama calon PR dan BN akan sentiasa jadi imam Tarawih dan memberi tazkirah lebih-lebih lagi jika calon tu adalah dari kalangan ustaz, kadi atau guru agama. Bermakna dengan pengundi lebih 90% adalah Melayu Islam maka mungkin kali ini kita akan dapat melihat dan merasai Pilihan Raya Kecil yang terbaik dan terbersih insyallah. Kali ini Polis dan SPR mungkin akan menggunakan lebih petugas yang bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dan dakwat kali ini kunnnya akan dibeli yang betul punya (bermakna dakwat PRU13 aritu sah tipu) .

TERKINI ! PRK KUALA BESUT PENAMAAN 12 JULAI PENGUNDIAN 24 JULAI


Pilihan raya Kuala Besut 24 Julai


Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut di Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Kedua-dua BN dan PAS masih belum menamakan calon masing-masing.

ISU BERKAITAN -DAKWAT KEKAL.....

SPR terus perbodoh rakyat: tiada logik dakwat kekal untuk PRK

No comments: