


bATU mAUNG : Semasa kempen pilihanraya 13 sedang berlangsung Mei lalu, Presiden BN merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Malaysia telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan.Ini adalah merupakan hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat rakyat Pulau Pinang.
Bagaimanapun penghujung struktur yang Najib umumkan sebagai hadiah buat rakyat Pulau Pinang ini telah runtuh sekitar jam 7.00 malam tadi bertarikh 6/6/2013.
Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.

Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.
Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
No comments:
Post a Comment