Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 24, 2013

MISTERI TANDATANGAN UNDI JADI SAKSI ?

Punca Tan Sri Pandikar Amin Mulia Menang Undian Speaker Terbongkar

KUALA LUMPUR 24 JUN: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 setelah mendapat majoriti undi yang dicemari penipuan.

Pandikar mendapat undian sebanyak 133 undi dari wakil BN berbanding calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, Datuk Kadir Sulaiman yang hanya meraih sebanyak 89 undi dari wakil Pakatan.

Nama Pandikar dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Khalid Ibrahim mencadangkan Kadir sebagai Speaker.

Dari Pakatan pula, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan nama Kadir sebagai Speaker sebelum disokong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Karpal Singh.

Ketika pengundian berjalan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai tandatangan yang perlu diturunkan di atas kertas undian selepas undian dibuat sebelum disokong oleh MP Segambut, Puchong dan Sepang.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Setiausaha 1 Dewan membaca standing order bagi memahami pertikaian yang dibangkitkan. “Dewan pun mahu tipu undi?” sindir Tian.

Speaker pula dalam ucapannya memaklumkan kerusi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat disusun mengikut kekananan (senioriti) sebagai satu parti. ~keadilandaily

No comments: