Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 24, 2013

BN BERDEBAR DI PARLIMEN HARI INI !

Dewan Rakyat ke 13 akan bermula hari ini 24 Jun hingga 18 Julai 2013

Sidang Dewan Rakyat akan bermula pada 24 Jun ini hingga 18 Julai 2013.
Komen : Jawatan Speaker amak mendebarkan BN, Pakatan Rakyat mahukan tuan speaker yang berkecuali agar perjalanan sidang parlimen berjalan dengan lebih baik dan memuaskan semua pihak terutama rakyat.
Pada hari ini bertarikh 24 Jun 2013, Sidang Dewan akan dimulakan dengan Proklamasi Memanggil Parlimen Bermesyuarat, diikuti dengan Memilih Tuan Yang Dipertua (Speaker) yang baru yang kemudiannya akan mengangkat sumpah diikuti Ahli-Ahli Dewan mengangkat Sumpah.

Selepas itu Agenda Memilih 2 Timbalan Yang Dipertua.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker ke-13.
Nama Abdul Kadir dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berhubung perkara itu, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

Difahamkan pihak BN akan mengekalkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke 13.

No comments: