Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 14, 2013

MAHB DAH JUMPA KAMBING HITAM LEGAM ?

MAHB mengaku salahkan Airasia punca kelewatan pembukaan KLIA2
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengumumkan tarikh pembukaan baharu bagi lapangan terbang tambang murah, klia2, selepas menerima tarikh daripada pembina terminal lapangan terbang itu, iaitu syarikat usaha sama UEM Group dan Bina Puri.

Lapangan terbang ini kini sudah 90 peratus siap, dan kerja-kerja yang paling banyak perlu disiapkan ialah di bangunan terminal utama.

“Ini bukan lagi tarikh MAHB. Kami mahu tahu tarikh kontraktor. Apabila tarikh diberikan, kami akan umumkannya,” kata satu sumber yang rapat dengan pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama. Usaha sama UEM-Bina Puri itu telah meminta tempoh lanjutan hingga September atau Oktober untuk menyiapkan kerja-kerja tambahan.

Sumber itu berkata landasan dan menara kawalan lapangan terbang masih belum siap.

Bagaimanapun, kerja-kerja itu boleh dipercepatkan.

MAHB telah menolak dakwaan bahawa ia telah menyalahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, bagi kelewatan terbaru ini.

“Ya. Kami menyalahkan syarikat penerbangan kerana memainkan sedikit peranan dalam kelewatan-kelewatan sebelum ini, tetapi pendirian kami mengenai kelewatan terbaru ini amat jelas. Penangguhan tarikh daripada 28 Jun itu pada asasnya disebabkan oleh kontraktor,” kata sumber itu.

Pada Khamis, AirAsia meminta kerajaan menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pembinaan lapangan terbang tambang murah baharu itu yang tarikh siapnya telah beberapa kali ditunda, dan menilai kemajuan semasa projek itu, bila ia akan siap dan berapa kos yang terlibat.

Pada Jun 2011, MAHB menyalahkan AirAsia, syarikat penerbangan utama yang akan menggunakan klia2, bagi kelewatan itu, disebabkan oleh permintaan AirAsia untuk menambah kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun daripada 30 juta pada mulanya.

Pengendali lapangan terbang itu juga berkata syarikat penerbangan tambang murah itu enggan menggunakan jambatan aero, dengan menyebut kos kendalian yang tinggi dan juga mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk beralih daripada sistem pengendalian bagasi separa automatik kepada yang automatik sepenuhnya.

Penyusunan semula itu telah menyebabkan penangguhan tarikh siap terminal baharu itu kepada April 2013.

Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa klia2 akan dilancarkan pada 28 Jun, sama dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.

Bulan lepas, MAHB mengumumkan kelewatan kelima pelancaran klia2 tanpa memberikan tarikh baharu. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Sungguh betul ulamak pewaris nabi... tapi kawan belum jumpa dalil Pas pewaris nabi ... Waraskan pertimbangan. InsyaAllah kita akan mendapat petunjuk dariNya