Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 17, 2013

BIJAK-BIJAK OTAK UDANG, NAK CERAMAH SALAH ORANG!

Dalam berita media BN hari ini memaparkan bagaimana PM sebenarnya tidak yakin dengan kerja pegawai-pegawainya waima kementerian mana sekalipun. Bayangkan seorang PM yang mempunyai menteri-menteri yang telah dilantik olehnya sendiri di dalam dan diluar negara rupanya  tidak boleh diharapkan langsung. DS Najib sebagai PM terpaksa berjumpa sendiri dengan pelajar Malaysia di negara Indonesia semata nak beritahu pembangkang(Pakatan Rakyat) di Malaysia kununnya melakukan pembohongan berkenaan hasil kerja SPR menguruskan PRU13 yang lalu.
DS Najib sanggup menjelaskan pada pelajar yang dia rasa mereka dungu macam menteri dan pegawainya yang selesa dengan pangkat,wang dan pujian serta pingat. Beliau(Najib) menyatakan pembangkang lebih percayakan maklumat internet dari media kerajaan BN walaupun dia tahu media cetak contohnya Utusan Malaysia sering kalah dalam berita fitnahnya begitu juga media berita TV3 yang juga sering memberi berita palsu .
Rakyat Malaysia boleh lihat dan sedar begitujuga pengundi tegar BN boleh lihat sekarang bagaimana pentadbiran Najib dan pilihan Menteri kabinet yang huru-hara denga komponen kedua terbesar MCA menarik diri dari menjadi menteri kabinet .
Malaysia akan lebih teruk jika Kuli (Tengku Razalegh Ahli PArlimen Gua Musang) tidak ambil peluang mengepalai Ahli Parlimen Sabah dan Serawak samada beri undi tak percaya Najib atau membawa mereka tranform ke Pakatan Rakyat dan dengan ini lebih cepat Pentadbiran Pakatan Rakyat menguasai dan mentadbir PutraJaya dan seterusnya pentadbiran Malaysia Rakyat Malaysia bukan boleh diperbodohkan lagi oleh BN,pelajar dan orang muda di dalam dan luar negara apa lagi.Semua dah sedar BN bukan kerajaan yang mampan dan berkesan .Kebobrokan BN sudah nyata dimata rakyat. Kita doakan semoga Kuli akan berubah demi rakyat Malaysia bukan kesetiaan UMNO yang perlu dicari.Kuli pun dah pernah menganggotai Parti Semangat 46 dan INIKALILAH beliau perlu memimpin ahli parlimen dari negeri Sabah dan Serawak ke jalan yang sebenar.Bawa mereka menyertai Pakatan Rakyat.Dengan cara ini beliau akan benar-benar menyelamatkan rakyat dari bahana kesusahan yang akan datang seperti harga barang, harga minyak petrol naik ,kesan TPP dan banyak lagi. Dengan berdoa semoga petisyen yang dibawa akan berjaya didedahkan pada rakyat dan mudahan sekuran-kurangnya 23 petisyen Parlimen akan dimenangi Pakatan Rakyat.Dengan cara ini impian rakyat kepada manifesto Pakatan Rakyat yang amat membantu rakyat seperti percuma pengajian dari tadika sehingga ke pengajian tinggi dan banyak lagi akan tercapai.

No comments: