Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 17, 2013

KEZALIMAN BN BERGANDA DI HARI BAPA!

Keluarga dihalang jumpa tahanan ISA di Hari Bapa

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KAMUNTING, 16 JUN: Beberapa keluarga tahanan ISA kecewa dengan layanan pihak pengurusan kem Kamuntung apabila tidak membenarkan lawatan tahanan ISA sempena Hari Bapa.
gmi
Keluarga tahanan ISA dihalang jumpa di Hari Bapa
“Pagi tadi beberapa keluarga tahanan ISA hadir ke Kem Kemunting. Ramai isteri tahanan ISA membawa anak mereka untuk melawat sempena hari bapa.
“Walaupun ada ahli keluarga tidak pernah bertemu sejak ditahan, permintaan keluarga ini untuk diberi kesempatan bertemu dihalang,” kata Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh kepada Keadilandaily.
Kata Syed, pihak pengurusan kem Kamunting berkeras tidak membenarkan pertemuan walaupun selepas rundingan bersama ahli jawatankuasa Gerakan Mansuh ISA (GMI)
Antara alasan diberikan kononnya Pengarah Kem tiada di pejabat untuk memberi kebenaran.
gmi22
Fadzullah (kiri) bekas tahanan ISA, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Setiausaha GMI, Syukri Razab di depan Pusat Tahanan Kamunting
“Apabila keluarga ini sudah beredar dan jauh dari kem, kita dihubungi semula dan dimaklumkan kebenaran telah diberikan.
“Namun ahli keluarga tersebut memutuskan tiada perjumpaan lagi akan dibuat. Mereka nampaknya terkilan dengan pihak pengurusan yang seolah mempermainkan mereka yang datang dari jauh,” tambahnya lagi.
Empat keluarga tahanan ISA yang terdiri daripada isteri dan anak-anak tahanan tiba dari Tawau, Sabah di Kuala Lumpur, sejak Khamis lalu bagi sebuah program lawatan anjuran GMI.
GMI sebelum ini mendesak kesemua tahanan ISA dibebaskan segera dan kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah ISA.
Difahamkan, keluarga tahanan akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Mausia (Suhakam) dalam masa terdekat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53430

No comments: