Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 7, 2013

BILA DITUDUH AUTOKRASI, PENCACAI MENGGELIAT KEPANASAN !


Komen : UMNO ni kurang faham atau buat-buat tak faham bila kepanasan? PR maksudkan cara memberi pencalonan bonus kepada Najib(Pengerusi UMNO sekarang) dan Muhyiddin (Timbalan Pengerusi UMNO) dan dicadang oleh UMNO Negeri Sembilan agar jawatan itu tidak wajar dipertandingkan. Kini Timbalan Pemuda UMNO pula sarankan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia jugha tidak perlu dipertandingkan. Ini berbeza dengan pemilihan dalam PKR dan DAP malah dalam PAS.
Cara UMNO dalam keadaan masalah dalaman masih berterusan menyekat peluang pelapis dan golongan muda ingin menonjol dan menggantikan orang lama.

Tuduh Demokrasi UMNO Sudah Mati Umpama Ludah Ke Muka Sendiri
KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kenyataan pembangkang yang mendakwa UMNO mematikan demokrasi di dalam parti dan mula mengamalkan autokrasi berhubung syor dua jawatan tertinggi UMNO, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan disifatkan sebagai satu kenyataan berat sebelah dan hipokrit.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, jika dibandingkan dengan struktur kepimpinan parti-parti pembangkang seperti Pas, DAP dan PKR, UMNO adalah lebih telus dan demokrasi serta tidak mengamalkan pemerintahan ala dinasti seperti yang diamalkan oleh ketiga-tiga parti tersebut.

“Kenyataan itu lebih tepat untuk ditujukan kepada parti gabungan di dalam Pakatan Pembangkang. Sebagai contoh, di dalam PKR, jawatan-jawatan tinggi di sandang oleh sepasang suami isteri, Dr. Wan Azizah sebagai presiden manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebagai Ketua Umum. Tidak ketinggalan, anak pada dua pasangan itu, Nurul Izzah turut dilantik menjadi Naib Presiden,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini.

Manakala amalan berparti ala dinasti ini menurutnya lebih teruk jika dilihat di dalam DAP di mana Dinasti Lim dan Dinasti Karpal dilihat cuba menguasai parti dengan meletakkan anak beranak masing-masing di posisi tertinggi di dalam parti.

“Jawatan-jawatan penting seperti Ketua Umum dalam PKR, Setiausaha Agung dan Pengerusi di dalam DAP dan juga mursyidul Am di dalam Pas juga tidak dipertandingkan. Sedangkan jawatan-jawatan tersebut mempunyai kuasa dan berkuasa menentukan dasar-dasar parti.

“Jadi saya rasa tidak perlulah pembangkang masuk campur urusan pemilihan UMNO. Betulkan keluarga mereka terlebih dulu. Apa saja yang disyorkan adalah demi untuk kebaikan dan perpaduan di dalam parti dan bukannya kepentingan peribadi.

“ Kita tidak mahu UMNO menjadi caca merba seperti parti-parti gabungan pembangkang yang mengamalkan sikap kronisme, nepotisme dan pentadbiran ala dinasti yang tegar,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka turut bersetuju dengan cadangan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam UMNO dalam pemilihan yang akan datang.

Selain itu, beliau turut membidas kenyataan pembangkang yang mendakwa bahawa UMNO kini mengamalkan budaya di mana ahli tidak boleh mempersoalkan kepimpinan tertinggi.

“Ini tidak benar. UMNO membuat transformasi dari sudut undang-undang pertubuhan untuk lebih mendemokrasikan parti ini juga berdasarkan suara akar umbi. Suara ahli akar umbi sentiasa di dengari oleh kepimpinan tertinggi UMNO.

“Menegur pemimpin UMNO merupakan satu amalan demokrasi yang telah diamalkan sejak dari dulu. Jadi, tak benarlah dakwaan pembangkang bahawa UMNO menutup pintu bagi ahli untuk menyatakan pandangan atau kritikan,” ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 7 June 2013 4:23 PM





No comments: