Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 7, 2013

TAKZIAH PENGUNDI BN, TAHNIAH PENGUNDI PAKATAN RAKYAT !



SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tanda telah diterima rakyat berikutan jumlah undi keseluruhan berjaya mengatasi Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah undi seluruh negara sebanyak 5.6 juta memilih PR manakala BN pula hanya 5.3 juta.

“Tetapi kaedah persempadanan diamalkan, BN mendapat majoriti di Parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

“Pemimpin Umno-BN seharusnya lihat dan sedar bahawa mereka telah ditolak oleh kebanyakan rakyat di negara ini,” katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor, Seksyen 7, di sini semalam.

Beliau berkata, kemenangan pasti memihak kepada PR sekiranya media di negara ini bebas melaporkan keadilan kedua-dua belah pihak.

“Saya percaya sekiranya kita bertanding dan semua media melaporkan secara adil umpama bertanding di atas padang yang rata sudah pasti kita percaya rakyat majoriti berkehendakkan PR untuk memerintah.

“Pada hakikatnya PR telah memenangi hati rakyat dan janganlah BN tidak sedar tentang itu dengan bangga menyatakan telah mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.

Kelmarin, Khalid menewaskan calon BN , Datuk Zulkifli Noordin dengan majoriti undi 10,939 bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

Khalid mempolehi 49,009 undi manakala Zulkifli 38,070.
Sinar/-
Khalid menunjukkan lilitan hitam yang dipakai sebagai tanda protes ketidaktelusan SPR semasa PRU13.

1 comment:

Anonymous said...

"Sayangi Selangor, Yakini BN"

Lagu yang cukup berhantu, namun BN dengan hantu-hantu dihumban ke dalam tong sampah di Selangor. Tahniah rakyat Selangor, tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim, tahniah Pakatan Rakyat Selangor... semoga rakyat Selangor lebih banyak memperolehi kebajikan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. Semoga Allah memberkati Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.