Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 8, 2013

PRU 13 DISAHKAN TIDAK ADIL DAN SEPARA TELUS !?!

CEO kepada IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini memberikan rumusan terhadap PRU ke 13 yang baru tamat sebagai tidak adil dan hanya separa telus.

Itu adalah rumusan daripada laporan yang telah dikemukakan oleh 325 pemerhati di seluruh negara sepanjang PRU-13 berlansung.

Banyak perkara yang terlalu ketara yang membuatkan pertandingan yang langsung tidak seimbangan antara BN dan PR.

Antaranya adalah penggunaan jentera dan kemudahan kerajaan dalam aktiviti kempen. Begitu juga penggunaan kem-kem tentera untuk aktiviti jentera politik BN merupakan satu kesalahan yang berat dan tidak bermoral di pihak BN.

Memang tepat sekali rumusan yang dikeluarkan itu. Di Permatang Pauh saja jentera BN dengan sewenang-wenangnya menggunakan Pusat Giat Mara sebagai markas jentera BN. Namun begitu mereka tetap kalah di sana yang membuatkan kesalahan terseb8ut diabaikan begitu saja oleh pihak lawan.

Baca laporan rumusan daripada http://english.astroawani.com/news/show/ideas-ge13-only-partially-free-13648

No comments: