Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, May 9, 2013
BUKTI PAKATAN CEMERLANG TAPI BARISAN TEMBERANG !
Lebih 100,000 orang berkumpul di Stadium Kelana Jaya bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan ini dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
(Orang ramai memenuhi stadium sejak lewat petang semalam)
Walaupun hujan renyai-renyai sejak petang , ia tidak menghalang mereka berkumpul di stadium itu.
Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke kawasan perhimpunan sesak teruk sejak petang tadi.
Ini adalah perhimpunan pertama dianjurkan selepas pilihan raya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa tetapi penuh dengan penipuan dan tanda tanya.
Manakala di RUSILA, Marang,Terengganu puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.
Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.
Antara yang menyertai himpunan di perkarangan Masjid Rusila adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Hj Muhamad Haji Mohd Taib. Beliau dilihat antara faktor penyumbang kepada gelombang besar yang melandar Selangor dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter ,pengkapan berani petugas PR walaupun dihadapan polis sendiri.
Kali ini, dengan semua penyokong adalah mata dan telinga atau jentera Pakatan Rakyat segala penyelewengan ini didedahkan melalui media sosial.
Gambar, video dan cerita disebarkan dengan cepat bagi membukti pelbagai kecacatan pilihan raya ini.
Berasaskan kepada itulah mereka turun beramai-ramai malam tadi untuk mendengar sendiri sikap dan pendirian Pakatan Rakyat mengenainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Untuk tatapan yang masih tidak yakin... menteri bantai siapa???
http://www.facebook.com/photo.php?v=650997074914875
Post a Comment