Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 3, 2013

PADAH BILA FAKTA DI DEDAH !

Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jika begitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu?

Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis? Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan?


Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR:

[HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.

Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.

Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink".

Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.

Abd. Hamid Othman
013-3376862

Info Wikipedia:-
Malaysia pada mulanya bercadang menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum Malaysia 2008, bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia membatalkan penggunaannya seminggu sebelum tarikh pengundian, menyatakan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand[7] untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. Dakwat dengan kos RM 2.4 juta itu telah dilupuskan pada 25 November 2009, menimbulkan tuduhan kerajaan membazirkan wang rakyat kerana tidak menjualnya semula.[8]

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan menang PRU13. Kita heret pegawai tinggi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ke tribunal macam Khir Toyo kena. Kita tuntut jawapan untuk setiap keraguan di dalam proses pilihanraya. Jika didapati bersalah, kita belanja pegawai-pegawai SPR ni makan nasi penjara untuk beberapa tahun sebab dengan sengaja penyalahgunaan kuasa.

Anonymous said...

Saya orang yg teramat setuju dgn cadangan tuan..bkn saja spr tetapi semua yg bersekongkol termasuk pm, polis dan menteri...masukkan semua ke dlm penjara...yg mana bagi ic biru..dakwa dan jatuhkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup kerana mengkhianati negara dan malawan yg dipertuan agong.