Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 17, 2013

MENJELANG 5 MEI DOSA SPR TAMBAH LEBAR !

Tiba-tiba jadi pengundi Pos.
KUALA LUMPUR 17 APRIL: Runsing selepas menerima surat pengesahan sebagai pengundi pos, seorang wanita segera mengadukan hal itu kepada KEADILAN kerana dakwanya, dia tidak pernah mengundi walaupun sekali apatah lagi belum mendaftar sebagai pengundi.

Perkara ini didedahkan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siddik Ibrahim selepas menerima aduan itu di Bilik Gerakan Utama di Parlimen Lembah Pantai baru-baru ini.
Katanya, wanita yang bekerja di Kuala Lumpur itu menerima surat menggunakan alamat kampungnya di Johor.

Mangsa turut menjelaskan isi kandungan surat itu yang antara lain menunjukkan beliau disahkan sebagai pengundi pos di Taipei, Taiwan.

“Beliau hairan bagaimana namanya boleh disenarai sebagai pengundi di Taipei sedangkan dia bekerja di Kuala Lumpur dan berasal dari Johor.

“Saya sendiri ada menggesa beliau untuk melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, tetapi beliau bimbang atas faktor publisiti media yang mungkin menjejaskan kerjayanya,” kata Siddik kepada Keadilan Daily.

Menurut Siddik, wanita itu berjanji untuk menghubunginya kembali bagi membantu siasatan salahguna maklumat peribadi. – NS

SPR: warna dakwat kekal rahsia, tak boleh demo
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permintaan BERSIH supaya dibuat demonstrasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang akan digunakan dalam pengundian awal, boleh tahan kerana warna dakwat itu adalah rahsia.

NONE"Kami tidak boleh tunjuk kepada orang ramai kerana warna dakwat
kekal itu rahsia," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri dalam gambar).

Bagaimanapun, SPR dan syarikat (pembekal) telah menguji dakwat itu banyak kali, katanya, menolak permintaan BERSIH supaya diadakan demonstrasi awam berhubung penggunaan dakwat kekal itu.

Semalam, Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa SPR membuat demonstasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal boleh bertahan, kerana ia menerima maklumat bahawa dakwat itu tidak akan tahan melebihi lima hari.

SPR telah menetapkan 30 April - lima hari sebelum hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 -untuk 200,000 anggota polis polis dan pasukan keselamatan mengundi awal.

Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua dakwat yang berbeza warna untuk pengundian awal dan pengundian biasa, yang masing-masing boleh tahan sekurang-kurangnya tujuh hari dan tiga hari.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa dakwat tersebut boleh tahan untuk sekurang-kurangnya tujuh hari," katanya, sambil menambah dakwat itu mengandungi pigmen, silver nitrate dan dan bahan-bahan herba.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau jaminan yang diberi oleh pengerusi SPR ini tidak berlaku sepertimana yang sepatutnya tindakan undang-undng boleh diambil secara peribadi kerana ujian secara terbuka hendaklah dilakukan secara umum bukannya percaya bulat-bulat kepada pembekal,jika percaya terus dengan apa yang dijanjikan oleh pembekal samalah sepertimana pembelian kpal selam dan jet pejuang ,yang satu tak boleh menyelam dn stu lagi tak boleh terbang itulah hasilnya jika percaya pada pembekal.percayalah sendikit penipuan oleh UMNO dan SPR ini memang ujud jika tidak masakan perbagai alasan diberi yang idak boleh diterima oleh akal yang waras,itulah sebabnya Najib dan kuncu-kuncunya berani bercakap kita akan pertahankan PUTRAJAYA dengan apa cara sekali pun,tunggu dan lihat bagaimana SPR akan jalankan misinya,satu lagi cara penipuan bila waktu hari pengiraan kertas undi,wakil pemerhati hendaklah semak nombor siri kertas undi secara rambang agar nombor siri itu selari dengan kaki kertas undi,ini pernah berlaku ketika mana pengiraan sedang berlaku lampu letrik terputus selama 15 minit bila disambung semula kiraan ada yang nombor siri pada kertas undi tiada dan tidak sama dengan kaki kertas undi,waspada semasa mengira kertas undi,sebab itulah wakil dari BN tidak berasa risau tsemasa pengiraan kertas undi dijalankan,kerana mereka tahu keputusan terlebih dahulu sebelum diistiharkan.