Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 17, 2013

IBARAT WATIKAH KENA LANGKAH ! KOMPONEN BN BERANTAKAN SEMUAAN !

Terlalu banyak ketidakpuashatian UMNO , MCA, MIC dengan pilihan 1Malaysia Najib.DS Najib rupanya selama ini syok sendiri.Disebabkan gambar beliau bersepah seolah beliau seorang yang bertanding di semua negeri.Al-maklumlah tak pernah mendapat mandat pilihan raya dari rakyat.
Kini ugutan bekas calon dan bekas wakil rakyatnya berantakan siang dan malam dari utara hingga ke selatan dan ke Sabah bah! Dari Negeri Perlis, Kedah, P Pinang, WP ,Selangor ,Johor dan banyak lagi, apa yang boleh DS Najib lakukan.Baik beliau tumpukan Pekan yang kin dah ada kesan tekanan.
Memang kita harap rakyat sedar dan berdoa agar parti UMNO ters berkubur dan BN akan hancur lebur. Kita berniat baik menghancurkan Parti keramat UMN itu agar Pakatan Rakyat diberi mandat ini kali lah .Bukan susah beri 4 tahun dulu kalau ok apa salahnya diteruskan.


TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.
(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)
"Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

"Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi. Jika mereka masih berkeras 'lawan tetap lawan'," tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan' sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.

"Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, " ujarnya.

1 comment:

otaistillkick said...

Kejayaan menawan dun hulu bernam akan lebih bermakna jika menawan parlimen hulu selangor.