Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 18, 2013

CALON PAKATAN RAKYAT DUN N07 BATANGKALI BERSYUKUR DOA TGNA TERMAKBUL !

KUALA KUBU BHARU - “Syukur doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) termakbul,” itu ungkapan penghargaan dan terima kasih calon Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran ketika ditanya perasannya dipilih sebagai calon pada PRU13.


Ramachandran berkata, Mursyidul Am Pas itu pernah mengatakan padanya pada pertemuan di sebuah program di Kuantan, pada 1997 bahawa beliau akan menjadi calon suatu hari nanti.

Menurutnya, kata-kata Nik Aziz itu dianggap doa dan beliau bersyukur kerana akhirnya termakbul.

“Saya ingat lagi 16 tahun lalu tuan guru katakan saya akan jadi calon suatu hari nanti.

“Hari ini (semalam) saya benar-benar sudah menjadi calon mewakili PKR yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” katanya yang ditemui ketika mengunjungi Pasar Malam Serendah bersama calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Turut sama, Pengerusi Jentera PKR Parlimen Hulu Selangor, Md Yusof Sarman.

Ramachandran berkata, sebagai wakil PKR, beliau juga berterima kasih kepada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meletakkan kepercayaan kepadanya bagi mewakili parti pada PRU kali ini.

Menurutnya, sokongan daripada calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar juga diterima sehingga nama beliau diangkat sebagai calon di kerusi Dun Batang Kali.

“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini.

“Pastinya, amanah ini akan kami galas bersama bagi memastikan bukan saja Dun, malah Parlimen Hulu Selangor akan kita rampas,” katanya.

Ramachandran berkata, beliau sedar sebagai calon baru sokongan ahli dan barisan jentera sangat diperlukan.

"Oleh itu, bagi merealisasikan impian PR ke Putrajaya seluruh ahli parti perlu bersatu untuk memastikan BN dapat ditumbangkan," katanya.- S

3 comments:

Anonymous said...

Hang pa percaya ini India. tah dtg dari mana mana. Guna nama Nik Aziz, kita pun bergondong2 sokong dia?

anak watan said...

sialllllllll... racist, extremist...boleh join zul katak !!!

Anonymous said...

Kalau dah setuju dia jadi "Imam" korang sehngga sanggup pertahankan dgn bahasa tak berakhlak, betulkan lah saf dan berjemaah lah dibelakang dia.