Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, April 18, 2013

ROS MEMANG KEJAM TAPI GUNA BULAN BN TEBIH TERTEKAN !

Hanya 2 hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

Mungkinkah perkembangan ini menjadi lebih buruk di mana calon-calon DAP tidak dibenarkan menggunakan lambang parti mereka iaitu roket. Jika situasi ini berlaku, maka ini merupakan satu tragedi bagi politik kita di mana hanya sehari dua menjelang penamaan calon logo sesebuah parti tidak boleh digunakan. Tidak pernah berlaku perkara seumpama ini sebelum ini.

Namun begitu apa juga perkara boleh berlaku di dalam negara kita yang terkenal dengan sistem demokrasi separuh masak. Banyak keadaan di mana parti pemerintah mendapat layanan lima bintang tetapi parti lain dianak tirikan.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa DAP mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar tidak lama lagi.

Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya.

Surat tersebut yang bertarikh semalam dan dikatakan dari ROS, sedang beredar di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS.

Jika benar, ini merupakan satu tamparan terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon.

DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula.

Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.

3 comments:

Anonymous said...

KITA SEDANG DIPERINTAH OLEH KERAJAAN YG PALING HARAM JADAH DI DUNIA. HUMBANKAN KERAJAAN BN YG LANGSUNG TIDAK DEMOKRATIK INI. SENGAJA MELAMBATKAN KEPUTUSAN UTK BUATKAN DAP DALAM SITUASI KELAM KABUT. INGAT !! TUHAN TAK PERNAH LENA MEMERHATI TIBGKAH LAKU ANDA. BALASANNYA PASTI SAMPAI. TUNGGU DAN LIHAT !! MASANYA DAH TERSANGAT HAMPIR.

XUMNO said...

Nampaknya ROS yang ditunggangi oleh Umno sudah tersilap langkah dengan tindakan mereka ke atas DAP. Kenyataan bercanggah SPR jelas menunjukkan Umno kelamkabut apabila Pas dan PKR membenarkan DAP menggunakan lambang kedua2 parti komponen Pakatan tersebut.Dengan penggunaan lambang bulan pada kertas undi, penggundi2 Melayu tidak akan berasa canggung memangkah berbanding simbol roket.Jadi dicadandkan supaya DAP teruskan hasrat menggunakan lambang bulan pada PRU13 ini. Umno fikir mereka smart, tapi jelas kebodohan mereka terserlah.

Anonymous said...

Dengarlah nasehat mala'un nie lingkup PR,ada muslihat tu,caranya mudah budak tadika pun boleh fikir,DAP dibenarkan buat penamaan calun,semasa masa bantahan pegawai SPR yang memdaftar penamaan akan terima bantahan dari BN sahaja bukan dari PR maka ketika itu BN akan menang tanpa bertanding ini akan hanya berlaku jika tiada pertandingan tiga penjuru.Inilah cara menipu oleh SPR untuk BN yang tidak daoat dipertikaikan dengan undang-undang.oleh itu waspadalah wahai PR bermula semasa menyerah borang penamaan sehinggalah masa bantahan agar tidak diberi kemenagan percuma sepertimana terjadi di Johor yang Azlina Othman menang percuma.