Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 3, 2013

BUAH FIKIRAN ANAK MUDA YANG SUNGGUH PRAKTIKAL DAN TAKTIKAL !


Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) akan meneruskan programnya dengan menganjurkan pameran "Kenapa Saya Mesti Tolak UMNO/BN" di hadapan Sogo Kuala Lumpur pada hari esok, Rabu.

Pameran yang akan bermula jam 12.30 tengah hari itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat ibu kota berkenaan kegagalan dan ketidakupayaan UMNO/BN dalam mentadbir negara.

Semasa pameran itu berlangsung juga, TOLAK akan menghimpunkan tanda tangan rakyat sebagai bukti komitmen rakyat untuk tidak lagi mengundi UMNO/BN dalam PRU13 akan datang.

Ahad lalu, TOLAK telah menganjurkan Konvoi Anak Muda Tolak UMNO/BN bermula dari Dataran Shah Alam dan berakhir di hadapan kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Acara yang disertai 500 orang anak muda itu berakhir dengan penangkapan pengerusi TOLAK, Azan Safar di hadapan rumah PM.

Hujung minggu ini pula, TOLAK akan memulakan program jelajah ke seluruh negara bermula dari KL ke Seremban dan diikuti dengan Melaka.

EIKHWAN ALI
Jurucakap TOLAK
Timb. Presiden GAMIS

Komen Teman : Semua Kawasan/Cabang Pakatan Rakyat wajib buat.

3 comments:

suarapakatanrakyat said...

MACAI
Mempercayai Apasaja Cakap Anwar Ibrahim!

Anonymous said...

dah 50 tahun dok tolong umno ,tak de apa pun kebaikan yang dapat ,kesusahan ada lah ,

Anonymous said...

Umno tipu org melayu berpuluh tahun