Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 27, 2013

SPR GEMPAR ?!? MAU BN TERKAPAR !

PETALING JAYA 27 MAC : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memfailkan semakan kehakiman agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membatalkan nama pengundi yang meragukan bagi kawasan Lembah Pantai.

Permohonan yang dibuat di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur itu semalam dibuat setelah beliau mendakwa terdapat lebih 4,000 nama pengundi yang meragukan di dalam daftar pemilih.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai membuat permohonan itu bersama Majer (B) Kadir Sultan Abd Majid terhadap empat responden.

Iaitu Ketua Pengarah Pilihanraya SPR, SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kerajaan Malaysia.

“Kewujudan agensi “link up system” iaitu satu sistem yang menghubungkan semua agensi tersebut seharusnya membuktikan ada cara untuk membersihkan dan mengemaskinikan daftar pemilih di Malaysia.

“Mahu seribu daya tidak mahu seribu dalih. Itu prinsip yang kita tekankan kepada SPR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, isu senarai pendaftaran pemilih tersebut telah dikemukakan beberapa kali kepada SPR tetapi tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berkenaan.

Tegasnya, SPR seharusnya menyakinkan rakyat dengan memastikan senarai daftar pemilih yang bersih agar pilhanraya yang adil dapat dijalankan di negara ini.

Beliau menambah, dalam tempoh beberapa tahun ini juga peningkatan pemilih di Lembah Pantai meningkat lebih 15,000 berbanding kira-kira 56,000 pada 2008.

Peguam yang mewakili Nurul Izzah dan Kadir Sultan, Edmond Bond menjelaskan, beberapa perkara meragukan timbul dalam Rang Daftar Pemilih Induk Lembah Pantai 2011 dan Rang Daftar Tambahan Lembah Pantai bagi suku tahun kedua 2012.

Semakan mendapati sekurang-kurang tiga pemilih sudah meninggal dunia tetapi masih disenaraikan. Terdapat juga 133 pemilih yang bukan penduduk di Lembah Pantai.

Edmnd berkata yang paling membimbangkan terdapat kira-kira 4,637 nama pemilih didaftar dengan maklumat tidak lengkap seperti alamat yang sukar dikesan.

“Surat permohonan dihantar kepada SPR pada 4 Mac lalu bagi pembatalan senarai nama pemilih ini secara serta merta berdasarkan Peraturan 25(2)(G) Pendaftaran Pemilih 2002,” katanya.

Peraturan membolehkan Ketua Pendaftar SPR membatalkan senarai pemilih meragukan pada bila-bila masa.

2 comments:

Anonymous said...

Mahukan mereka-mereka yang didakwa itu bertindak atau beranikah mereka melawan bos yang sudah luput tarikh mandat dari rakyat itu?.Kot nanti bila sudah hilang kuasa pada PRU13 nanti apa jawatan pula nak dijawat,mana tau kot-kot jadi macam Khir Toyo hingga ke hari ini belum lapur diri dengan jawatan baru di Sg.Buluh.

Anonymous said...

Terlalu banyak Onar yg dibuat oleh umno diatas mukabumi I I. Ayuh selamatkan mereka dgn menurunkan mereka dark tampuk kuasa