KUANTAN, 1 Mac - Orang ramai yang menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini petang tadi kecoh apabila dimaklumkan solat mereka tidak sah akibat kesilapan imam yang tertinggal satu ayat ketika membaca surah Al-Fatihah. Walau pun solat semula diadakan selepas Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman memberi penerangan ringkas ketika itu, namun ramai yang kecewa kerana Mufti tidak terus memaklumkan agar Solat Jumaat dibuat semula gara-gara kesilapan imam terbabit. "Imam tak baca satu ayat daripad alfatihah. . Tiada siapa yg tegur. lepas salam imam baca astaghfirullah beberapa kali dengan kuat kemudian senyap dengan lama. makmum di belakang ingat dah selesai doa maka pakat keluar masjid. tiba-tiba imam bangun takbir solat kembali dengan suara kuat baca al fatihah. ada empat lima saf yg ikut imam, makmum lain ada yg dah makan cendol kat luar masjid. selepas salam ada suara bercakap melalui mikropon memberitahu solat jumaat dibuat sekali lagi kerana imam terlupa satu ayat daripada fatihah. diia bagi tahu zaman nabi pun ada nabi terlupa rakaat bila selepas salam sahabat bagitahu tak cukup rakaat dan nabi terus bangun tambah bilangan rakaat yg tak cukup. suara itu juga bagi tahu jika makmum dah yakin solat jumaat yg mula-mula sudah sah tidak apa lah. begitulah ceriteranya. sumber kawan saya yg solat jumaat di sana. apa pun isu ini kecoh la jugak. kawan saya tu kata sepatutnya imam bagi tahu melalui pembesar suara minta semua solat semula. baru tak kecoh.. patut mufti umum solat semula semua baru tak kecoh. orang bulehterima nak buat macam mana terlupa", kata kenyataan seorang jemaah masjid berkenaan. Sementara itu, seorang lagi jemaah Mohd Radzi Jusoh berkata sebenarnya imam pun tak perasan dan semasa beristighfar barulah imam-iman lain yang berada disaf belakang beliau menegur. "Dia orang cakap-cakap kejap.. Imam pun bangun dan sembahyang lagi satu rakaat.. selepas selesai.. Dato' Mufti Pahang la yg membuat penerangan tersebut.. berdasar penerangan tersebut membuatkan saya yang kurang ilmu ini merasa was-was kerana zaman nabi tu, rukun solatnya cukup, cuma terkurang rakaat.. ini pula rukunnya dah terkurang yg pada pendapat saya membatalkan solat.. sepatutnya solat kembali.", katanya. Difahamkan, inilah kejadian pertama kali berlaku di masjid tersebut.
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-solat-jumaat-di-masjid-sultan.html#ixzz2OmuRRc6y
Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka sebenarnya. Sebelum ini memang banyak kita mendengar Imam tersalah membaca atau sebagainya, tetapi ia ditegur oleh jemaah yang berada di belakang Imam terbabit. Persoalannya, kenapa Mufti Pahang, Dato' Abdul Rahman Osman (foto) dan imam-iman yang lain tidak menegur imam solat Jumaat berkenaan ketika beliau tersalah bacaan?. Inilah yang memusykilkan orang ramai sebenarnya. Malah, tindakan Mufti Pahang mengatakan jika makmum sudah yakin solat jumaat yangg mula-mula sudah sah maka tidak perlu bersolat semula. Masalahnya, majoriti jemaah memang tahu Imam tersalah baca tetapi mereka duduk jauh dan sukar untuk menegur. Sepatutnya Mufti terus tegur ketika kesilapan berlaku bukannya ketika solat sudah selesai. Malah, Mufti juga sepatutnya memaklum agar Solat Jumaat dibuat semula kerana kesilapan Imam terbabit amat jelas dan diketahui semua jemaah. Namun itu tidak berlaku dan Mufti hanya mempelawa sebahagian daripada mereka untuk bersolat semual kerana beranggapan jemaah yang tidak mahu solat semula yakin solat mereka sah. Jika dilihat kepada penjelasan Ustaz Azhar Idrus di atas maka ternyata ia berbeza dengan senario yang berlaku. Justeru, ambillah iktibar terhadap apa yang berlaku. Mana mungkin seorang Mufti dan Imam yang berada dibelakang tidak sedar kesilapan Al-Fatihah?. Jika surah-surah lain dalam Al-Quran yang panjang dan berjela-jela mungkin tidak terlalu menjadi persoalan kepada jemaah sebenarnya. Apapun kejadian ini sungguh memalukan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah. Jika ia berlaku di surau-surau kemungkinan tidak menjadi kecoh seperti ini gamaknya. Persoalannya apakah Mufti sedar kejadian ini atau sama-sama alpa seperti Imam?. Jika sedar kenapa tidak kata "subhanallah" kepada Imam atau perbetulkann ayat itu dengan nada yang kuat supaya Imam sedar akan kesalahan yang beliau lakukan ketika Solat Jumaat masih berjalan. Bukankah selepas Fatihah Imam akan baca ayat-ayat lain. Kenapa menunggu sehingga tamat solat baru mahu menegur sedangkan majoriti makmum yang panik sudah pun beredar dari kawasan masjid ketika kejadian itu].
Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/03/panas-solat-jumaat-di-masjid-sultan.html#ixzz2OmugIrVG
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment