Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 15, 2013

SAYA AMAT SEDIH! SIAPA JANGKA BOM JANGKA ?

Komen : Saya sebelum ini memang tidak sedap hati bila Bala(Mendiang Bala) dimasukkan ke hospital .Yang membimbangkan beliau adalah saksi penting pembersih negara.Malang, jika tiada kawalan rapi atau jagaan rapi beliau semasa di hospital maka Pakatan Rakyat akan kerugian. Harapan saya agar siasatan rapi perlu dijalankan.

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini.

“Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada The Malaysian Insider.

Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.

Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: “Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”.

“Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh,” katanya.

Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.

Mkini

No comments: