Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, March 14, 2013

PELIK?!? WALAU ADA BUKTI.. DAFTAR TAK BOLEH DISANGSI !

Mahkamah Tolak Kes Pengundi Meragukan Di Klang
SHAH ALAM 14 MAC: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti bahawa daftar tersebut yang bakal digunakan dalam pilihanraya akan datang, sarat dengan keraguan.

Permohon tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mahu mahkamah mengeluarkan perintah bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi.

Permohon itu berkaitan kira-kira 5000 nama pemilih yang meragukan di dalam kawasan parlimennya.

Hakim Vernon Ong menolak permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 9A, Akta Pilihanraya yang menyatakan bahawa daftar pemilih hendaklah disifatkan sebagai muktamad selepas ia diwartakan.

Menurut Charles, beliau mendapati hampir 3000 nama pengundi di Klang telah digugurkan atau hilang daripada pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala lebih 2000 nama pemilih telah dipindahkan keluar daripada kawasan Klang.

“Lebih 2000 nama telah dipindahkan keluar dari Klang, 1000 di Selangor dan 1000 lagi di luar Selangor,” katanya kepada TVSelangor.

Charles turut berkata beliau menjumpai bukti bahawa terdapat nama pemilih di dalam daftar SPR yang mana individu tersebut tidak pernah mendaftar sebagai pengundi kerana tinggal di luar negara.

Peguam Charles, John Fam mendakwa, beliau menerima surat daripada individu bernama Pamela Mannan, yang tinggal selama 16 tahun di Dublin, Ireland.

“Pamela diberitahu oleh pakciknya di Malaysia bahawa beliau mendapat sepucuk surat daripada Perdana Menteri yang mengucapkan tahniah dan diberitahu dia (Pamela) disenaraikan sebagai pengundi.”

Menurut John, Pamela memberitahu pakciknya bahawa beliau tidak pernah pulang ke Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Terdapat juga satu lagi kes di mana seorang penghuni rumah di Pandamaran, Klang yang terkejut kerana mendapati ada 62 nama pemilih yang didaftaran di rumahnya.

Individu tersebut telah menulis surat kepada John bahawa beliau tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menggunakan alamat tersebut sebagai alamat surat menyurat.

John berkata, hasil siasatannya mendapati lebih 60 nama Melayu, India dan Cina yang mendaftar sebagai pemilih di alamat itu.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Mungkin mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan boleh diguna pakai untuk didengar akan keputusan mahkamah tinggi itu.Kita pohon pada allah yang berkuasa menukarkan kerajaan yang sering kita baca yang terdapat didalam surah Yassin disetiap malam jumaat baik di surau atau dimesjid,supaya setiap penambahan pengundi baik yang datang dari utara,timur,barat dan selatan adalah pengundi yang mau memangkah kertas undi atas muka PAKATAN RAKYAT.Lepas itu taulah.........