Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 27, 2013

ANTARA MB KURANG AJAR ATAU MB DERHAKA ?

3/27/13"Kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso" kata Mohamad Hasan

Hari ini tamat tempoh penggal DUN Negeri Sembilan. DUN Negeri Sembilan merupakan Dewan Legislatif yang pertama terbubar dengan sendirinya. Ini merupakan satu insiden besar dalam sejarah kemerdekaan negara dalam mana Dewan Legislatif terbubar dengan sendiri. Ini disebabkan pihak yang memerintah tidak membubarkannya. Sebab kenapa DUN Negeri Sembilan tidak di bubarkan kita sama-sama tahu. Berlalunya penggal Dewan Undangan Negeri, negeri beradat ini menunjukkan yang BN tidak berupaya untuk meyakinkan diri yang mereka mampu untuk memperolehi sokongan rakyat dalam PRU kali ini..

Mohammad Hasan, Menteri Besarnya berkata, “kerajaan Nogoghi bojalan macam biaso” dan beliau adalah Menteri Besar dalam kerajaan sementara sekarang ini. Beliau berkata beliau tidak payah memohon perkenan Duli Tuanku Yang diPertuan Besar untuk meneruskan tugas Menteri Besar dalam kerajaan sementara itu. Saya tidak pasti samada seorang Menteri Besar kepada kerajaan ‘care taker’ perlu mendapat perkenan Tuanku, tetapi berkata yang beliau tidak perlu mendapatkan perkenan Raja Melayu itu rasanya agak sombong dan ‘unbecoming’.


Minggu depan terbubar lagi sebuah kerajaan negeri, iaitu Negeri Johor Darul Takzim. Jika di dengar komen dan pandangan orang ramai, ia jelas menunjukkan yang BN akan tumpas dalam pilihanraya kali ini. Tidak kita ketahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi keadaan yang pertama kali kita alami ini membuatkan rasa tidak berkeyakinan terhadap kemampuan UMNO untuk terus mentadbir negara itu bertambah kuat.

Bermula tengah malam ini Negeri Sembilan akan di tadbir oleh kerajaan sementara dan Mohamad Hasan telah berkata beliau tidak perlu mendapat perkenan Tuanku Yang diPertuan Besar untuk mengetuai kerajaan sementara itu. Kata-kata Mohamad Hasan ini tidak di senangi oleh banyak pihak kerana Negeri Sembilan adalah ahli kepada Persekutuan Malaysia dan kedaulatan kerajaan negeri itu tidak boleh wujud tanpa adanya Raja Melayu bersama.

Kita mesti ingat perlantikan seorang Menteri Besar bagi satu-satu penggal itu adalah di atas perkenan Kebawah Duli Tuanku dan perlantikan itu hanya untuk penggal itu sahaja. Jika penggal itu tamat maka Kebawah Duli Tuanku wajar memberikan perkenan untuk perlantikan seorang Menteri Besar kerajaan sementara negeri yang di naungi oleh kebawah Duli Tuanku.

Bagaimana pula Mohamad Hasan memberikan kenyataan terbuka yang dia tidak payah mendapatkan perkenan Tuanku untuk menjadi Menteri Besar kerajaan Sementara itu sedangkan hakikatnya rakyat belum lagi memilih kerajaan.yang baru. Segala tanggungan ini wajar di berikan kembali kepada Tuanku bagi baginda melantik sesiapa yang baginda perkenan untuk mengetuai kerajaan sementara itu.


Secara ‘convention’nya Menteri Besar yang baru tamat tempohnya atau pun Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu boleh di lantik oleh Tuanku untuk mengetuai kerajaan sementara itu. Ahli-Ahli mesyuarat kerajaan itu termasuklah Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri atau Penasihat Undang-Undang negeri. Maka setiap di antara mereka boleh dilantik untuk mengetuai Kerajaan sementara itu.


Jadi jika Mohammad mengaku yang beliau adalah Menteri Besar Sementara secara otomatik pihak yang mahir dalam perundangan perlu memberikan nasihat kepada Kebawah Duli Tuanku dalam hal perlantikan Menteri Besar Kerajaan Sementara itu.


Jadi Mohamad tidak boleh berkata, “kerajaan nogoghi bojalan macam biaso”. Kerajaan Negeri semasa penggal DUN masih ada dengan kerajaan sementara itu ada bezanya. Mohamad tidak boleh berkata ‘kerajaan akan bojalan macam biaso’.


Mohamad tidak boleh melantik dirinya sendiri. Dalam keadaan apa sekali pun Mohammad wajar mengadap Kebawah Duli Tuanku dalam hal-hal penting kerajaan Negeri Sembilan itu apatah lagi terbubarnya DUN dengan sendiri ini adalah pengalaman yang pertama kali dalam sejarah negara dan negeri merdeka ini.


Mohamad sebagai Menteri Besar wajar menghormati kedaulatan Negeri Sembilan sebagai salah sebuah negeri yang menyumbang kepada kedaulatan Persekutuan Malaysia ini. Jika Mohamad boleh lakukan, buangkan perasaan membangga diri itu.


Hanya saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan Mohamad, kita ini orang Melayu apatah lagi sebagai rakyat NS yang beradat ini, junjunglah kedaulatan Negeri Sembilan ini. Apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerajaan negeri langsungkan lah sifat berbudi bahasa sebagai lambang rakyat Negeri Sembilan yang sepatutnya penuh dengan adat ini.


Anak perpateh selalunya di kandung adat, dan adat di teraskan kepada syarak. Berlangsungnya adat, berlangsung jugalah syarak agama yang suci kita itu.


butiran terperinci sila layari http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/03/kerajaan-nogoghi-bojalan-macam-biaso.html

2 comments:

Anonymous said...

Dimana perginya JATI dan NGO-NGO's yang konon membela Agama ,Bangsa Dan Raja hinggakan seorang MB yang sudah luput kuasa boleh mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak perlu dapat perkenan Tuanku untuk jadi pentadbir sementara bagi Negeri dimana Yang diPertuannya melambangkan segala-segalanya,iaitu lambang mata wang negara,lambang KDYMYDA raja yang pertama dilantik menjadi Agong sebagai Ketua bagi semua Raja-raja Melayu,apakah MB UMNO sudah gila kuasa hinggakan membelakang kian semua undang-undang tubuh perlantikan boleh dilanggani? Bagaimana jika dimasa akan datang jika PR perintah dan berubat perkara yang sama adakah UMNO akan menuduh PR derhaka? Atau raja-raja sendiri akan berdiam diri hingga rakyat bangkit untuk membela dan menaikkan semula martabat kerajaan tuanku-tuanku sekalian baru hendak beruara, terimalah hakikat wahai puak-puak UMNO yang rakyat sudah sedar siapa yang menjahanamkan situasi dan sistem beraja sehingga seteruk ini.

Anonymous said...

Umno giler.bodoh