Di mana tahap keselamatan polis di Sg. Tengi, DUN Hulu Bernam pada 6 Februari 2013? Adakah kuasa telah disub kepada NGO dan pengurusan peneroka? Sedarlah UMNO/BN bahawa tempat ceramah itu bukan semata untuk FELDA Sg. Tengi tetapi adalah laluan orang ramai ke Sg. Besar di Selangor atau ke Tg. Malim, Perak.Pengurusan FELDA jangan sombong bodoh. Kalau jalan melalu tempat ceramah itu tanah FELDA kenapa tidak buat pos pengawal?
Dimana SB(special Branch) Polis yang sebelum ini dipuji setinggi langi semasa HRK112 di Stadium Merdeka, walau yang bertugas hanya beberapa orang. Malunya rakyat Malaysia dengan ketidakmampuan polis mengawal keadaan dan laluan orang-ramai.
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar menyatakan bantahan terhadap sekatan dan halangan masuk ke dalam kawasan Felda untuk sebarang aktiviti termasuk ceramah dan ‘Kembara Oren’.
Memorandum itu diserahkan kepada Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf di pintu masuk utama Bukit Aman di sini petang tadi.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman dalam memorandumnya berkata bantahan dibuat apabila Kembara Oren sebelum ini dihalang daripada masuk ke kawasan rancangan Felda di Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Halangan itu dibuat Pengurus Felda kawasan yang menggunakan peruntukan Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 yang memberi kuasa kepada Felda untuk melarang sesiapa sahaja daripada kawasan tanah rancangan.
“Kami sudah teliti dan dapati bahawa secara kesluruhannya tiada sebarang peruntukan khusus dalm GSA yang melarang sesiapa sahaja masuk mana-mana Rancangan Felda disetiap bahagian Persekutuan,” katanya dalam memorandum itu.
Katanya, GSA amat bertentangan dengan Fasal 4 dan 9(2) serta 9(3) Perlembagaan Persekutusan yang menyatakan tentang hak kebebasan bergerak diseluruh tempat di Persekutuan.
“GSA digubal pada tahun 1960 iaitu 3 tahun selepas mereka.
“Maka sekiranya terdapat larangan, sekatan atau halangan dalam GSA maka semestinya seksyen tersebut bertentangan dengan Fasal 9(2) dan terbatal secara automatik,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
8 comments:
Dah warga felda tak mau mazlan ceramah kat tempat depa..takyah le pi ke sana..orang tempatan tak suka tak payah la dok pi cari penyakit..mazlan yg degil, polis jugak yg nak dipersalahkan..
pasal tu aku takkan undi pakatan dlm pru13 ni..tak berkenan dengan cara politik anwar dan orang2 dia cam mazlan aliman ni..
hangpa nak sokong jugak pkr tu..hangpa punya pasal laaa (tiru statement tuan guru..hehehe)
DDBT
bukan warga felda yg tak mau tapi warga UMNOngok yg takut kehilangan kuasa yg buat kacau.Perangai macam hidup zaman batu. kalau gentlemen apa takut2.
YA! BETUI TU DUA TIGA KERAT TOTOK UMNO..DI LINDUNGI OLEH POLIS JENIS KELDAI..DIDALANGI OLEH PEMIMPIN UMNO PENYAMUN, XSUKA KALAU MAZLAN ALIMAN DEDAHKAN PERILAKU RASUAH/SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN KPD WARGA FELDA...LAGI PUN MALAYSIA NIE NEGARA KOMUNIS MANA ADA DLM PERLEMBAGAAN HAK UTK BERHIMPUN SECARA AMAN ITU SEBAB TOTOK2 UMNO NIE SECARA SUKA DIUPAH RELA BERMANDI KERINGAT UNTUK MENGHALANG HAK TERSEBUT.
sejarah dok belajaq dulu,,,raja boleh bertahan kuasa dia pasai yang dok jaga dia ialah pengapu.polis,penjilat...
walaupun seluruh rakyat meluat dengan raja tu...sukar untuk dijatuhkan..melainkan kuasa polis dijatuhkan dulu,pengampu dan penjilat di hilangkan dari kelompok raja itu...baca kisah firaun dah boleh faham
Aiiii pelik la aku, Halangan dibuat Pengurus Felda kawasan yang menggunakan peruntukan Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) (GSA) 1960 tapi kenape polis pulak yang kene ni... x nampak pon mane salah nyer polis kat sini... biase la kalau dah x suka buat baik cam ner pon tetap nampak yang buruk jer....
Rajman kiler....harap nama jer..otak dok t dibawah peraturan ang mana? Tidak sesiapa boleh buat halangan atau sekatan haram walaupun ada peruntukan sek.34. Itu sek 34 kena lihat lah untuk natang apa dibgubal bukan boleh pukul rata. Negara ini dilaung-laungkan oleh pemimpin UMNOBN bahawa sanya mengamalkan demokrasi. Kenap dalam menghadapi PRU 13 pembangkang dinafikan hak untuk berkempen. Zaman almarhum, Tunku Abdul Rahman kempen tetap diadakan walaupun kawasan itu kawasan yang ada ancaman komunis. Hari ini natang pemimpin UMNO ni takut sebab mereka terlalu banyak simpan tengkorak dalam almari, harap ko faham bahasa ini. Kalau dah pencuri,perompak sudah tentu ia akan halang polis masuk kerumahnya untuk geledah.Sama lah keadaannya dalam hal ini. UMNO takut tembelang mereka pecah jadi mereka guna samseng dan samseng mereka adalah NGO tiga suku, kaki bnodek sebab dapat habuan 50/60rm. Ada faham!!!
yang tak mau tu cuma 10-15 kerat saja, yang lain mahu.tapi yang 10-15 kerat tu laa yang dok buat kacau
anon 10:10,Di Perak rakyat dh tk mau dgn BN sbb itu swktu PRU 12,2008 mereka pilih Pakatan Rakyat.Tp BN guna tipu muslihat utk jatuh kn kerajaan PR.Dh rakyat Perak tak mau BN lg yg dia org dok menyondol jg,knp?
Post a Comment