KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng.
“Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13), kita pasti boleh menang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu.
Chua Jui Meng“Kalau dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan masih di takuk lama,” kata Jui Meng.
“Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 12 Februari ini akan berlangsung forum ‘Isu Tanah Johor: Masalah dan Penyelesaiannya’ di Hotel Garden, Batu Pahat bermula jam 3 hingga 6.30 petang.
Panelis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Mereka akan membentangkan kaedah dan pengalaman menguruskan tanah di negeri masing-masing.
Turut menjadi panel, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim dan Jimmy Phuah, peguam yang sering mewakili penduduk Melayu tertindas kerana tanah dirampas.
“Kita akan ke Nusa Jaya hari ini, untuk menjemput Ghani, supaya hadir dan merasmikan forum tersebut sekaligus mempertahan isu dasar tanah Johor,” kata Jui Meng.
“Rakyat yang ada pengalaman dirampas tanah juga dijemput hadir, agar dapat sama-sama bentangkan kepada MB,” tambahnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44439
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Memang lawaklah statement PR nak menang kerusi kat johor.....aku sebagai anak jati johor tak nampak pun yang diaorg nie boleh menang kat johor nie.......come on Juwey Meng....dah tak terpilih sibuk lak....jangan jadi budak kecik lah....lengittttttttttttt.
Post a Comment