Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 25, 2013

ALLAHHUAKBAR ! SULTAN ARAH TIADA HIDANGAN ARAK DALAM PENERBANGAN !

Ahad, 24 Februari 2013
Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan


Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei.

Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan hari kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen keseluruh Brunei.

Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara.

Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah.

Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerguiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.

Diantara petikan titah baginda :-

"Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat,"

"Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SubhanahuWata'ala,".

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

3 comments:

Unknown said...

YA ALLAH!!!, Kau berikanlah kekuatan dan keazaman kepada Baginda Sultan Hassanal Bolkiah atas keazaman dan usaha baginda untuk menegakkan syariatmu di negaranya.

Anonymous said...

YA ALLAH!!!, Kau berikanlah juga kekuatan dan keazaman kepada emerintah Selangor sekarang untuk menutup 2 kilang arak besar di Federal Highway dan Shah Alam untuk menegakkan syariatmu di negara ini. Dok tunggu lama dah tak jadi-jadi pun.

Ulama Pewaris Nabi said...

Amin Ya Rabbal Alamin