Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, February 25, 2013
SASPEN ! DETIK 12 TENGAHARI SASARAN MEDIA
SHAH ALAM 25 FEB: Manifesto Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dibentang pada konvensyen kali keempat di Pusat Konvensyen Convention Centre (SACC), hari ini.
Pembentangan itu yang dijadual bermula jam 12 tengah hari itu bakal menjadi tumpuan media dan seluruh rakyat negara ini.
Mengikut atur cara, program bertema ‘Pakatan Harapan Rakyat’ telah bermula jam 9 pagi tadi untuk pendaftaran peserta dan acara dimulai dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku serta bacaan doa.
Antara jam 10.50 hingga 11.20 pagi, Ketua Jentera Pilihanraya dari ketiga-tiga parti dijadual menyampaikan amanat masing-masing, diikuti pembentangan manifesto.
Selepas persembahan akuistik, pemimpin DAP dan PAS pula akan menyampaikan ucaptama antara jam 11.55 pagi hingga 12.35 tengah hari, diikuti gimik persembahan.
Ucaptama pimpinan KEADILAN pula berlangsung mulai jam 12.40 petang, disusuli bacaan ikrar dan nyanyian Negaraku.
Program yang boleh diikuti secara langsung itu dijadual berakhir jam 1.30 petang selepas bacaan doa.
Untuk tonton siaran langsung, ~keadilandaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment