Tanpa pertandingan bagi mendapat mandat kuat dari perwakilan UMNO yang asyik tertangguh disebabkan Pak Lah dan Najib takut berlaku perpecahan dalam UMNO.Mereka(Pemimpin UMNO) tidak yakin tanpa rasuah pertandingan jawatan majlis tertinggi UMNO tak akan 'meriah'. Najib juga takut dicabar timbalannya Tan Sri Muhyiddin.
Tanpa mandat yang kuat Najib hanya syok sendiri dengan kempen perbanyakkan gambar dimerata dan pelusuk negeri cuma belim sampai diletak di dalam tandas mungkin dengan ada penswastaan tandar besar-besaran nanti gambar Najib akan dibubuh dalam tandas atau jamban.
Tanpa mandat kuat Najib tak terhambat dengan kenaikan sokongan dan populiriti pemimpin Pakatan Rakyat samada dari PAS,PKR atau DAP.
Juga bukan menjadi rahsia lagi, Umno terpaksa menanggung banyak isu semenjak datin Sri Rosmah dianggap 'First Lady'. Jika di zaman Pak Lah, menantunya KJ dianggap ramai orang sebagai punca kejatuhan PM Islam Hadhari ini. Di zaman Najib, semua telunjuk menghala kepada Rosmah. Maka tidak hairanlah seperti apa yang banyak banyak dikempenkan di dalam ahli-ahli Umno bahawa sudah sampai masanya Muhyiddin patut dicuba untuk menghalang kemaraan DS Anwar Ibrahim.
Semua isu telah dimainkan oleh Umno, namun gagal menarik perhatian rakyat bahkan rakyat semakin berminat untuk mendengar ucapan DS Anwar yang begitu berani mencabar Najib berdebat. Kita tahu rakyat berfikir, jika DS Anwar itu banyak melakukan penyelewengan atau rasuah sewaktu beliau di dalam kerajaan, mana mungkin Ketua Pembangkang ini begitu berani mencabar PM. Bukankah semua fail menteri kabinet semenjak Merdeka berada di tangan kerajaan? Rakyat juga berfikir, mengapa susah sangat Najib memberanikan diri untuk berdebat secara terbuka dengan DS Anwar? Apa yang mahu beliau sorokkan?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment