Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, kerajaan mesti menghormati dan mengiktiraf Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam melakukan kerja-kerja hak asasi manusia.
Menurut pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, Suhakam telah mengikuti secara teliti isu berkaitan Suaram dan dalam hal ini mengalu-alukan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.
“Walau bagaimanapun, Suhakam merasa amat bimbang dengan cara bagaimana penyiasatan dijalankan, publisiti dibuat dan dilaporkan mengenai urusan dan akaun Suaram.
“Suhakam menggesa semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini supaya bertindak bukan sahaja menurut undang-undang dan peraturan tetapi selaras dengan semangat dan niat jaminan perdana menteri,” katanya dalam kenyataan media yang dikirim ke The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Suhakam, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
“Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka.
“Suhakam menyeru kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini.
“Ini adalah penting dan amat selaras dengan hasrat yang disuarakan perdana menteri untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya yang memerlukan dasar-dasar dan amalan hak asasi manusia domestik yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma-norma yang diterima secara universal.
“Ini akan menggambarkan Malaysia dengan baik sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyumbang secara positif untuk meningkatkan imej antarabangsa sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia,” katanya lagi.
Bulan lalu, pejabat utama Suaram diserbu pegawai Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan juga pegawai polis bagi menyerahkan borang pendaftaran pertubuhan kepada badan bukan kerajaan itu yang kini sedang disiasat kerana dikatakan menerima dana asing daripada pertubuhan yang milik George Soros, Open Society Foundation (OSF).
Kesemua enam pegawai, termasuk dua pegawai polis itu, bagaimanapun gagal memasuki premis Suaram kerana mereka tidak membawa sebarang dokumen dan notis untuk menjalankan siasatan terhadap premis tersebut.
Cubaan serbuan itu dikaitkan dengan dakwaan Suaram menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai “akaun yang meragukan”.
Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan dakwaan penyelewengan wang berbillion ringgit untuk pembelian dua buah kapal selam Scorpene.
Malaysia-Today
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment