Komen : Astagfirullah ! Apa dah jadi dengan Menteri Dalam Negeri kita nie, pasal bola beria-ia hantar 1,000 orang polis semata-mata nak jaga perlawanan bola ,ini belum penggunaaan kamera tertutup lagi dan pengawal dan security lagi dan sb.Pada hal rakyat di luar stadium ketakutan dengan jenayah ragut, bunuh dan rompak.Belum kira guna wang rakyat nak bayar elaun polis ntah dari mana dipanggil.
SHAH ALAM - Polis akan menempatkan 1,000 anggotanya di Stadium Shah Alam Sabtu ini, bagi mengawal keselamatan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, mereka akan disokong Pasukan Simpanan Persekutuan, Unit Berkuda serta Unit Anjing Pengesan (K9).
"Kita meminta para penyokong supaya tidak membawa masuk barangan terlarang kerana pemeriksaan akan dilakukan di pintu-pintu masuk dan memberkas mereka yang melakukan kesalahan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Zahedi berkata pada perlawanan separuh akhir kedua Kelantan menentang Selangor di sini Jumaat lepas, lima lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memiliki dan membaling mercun semasa perlawanan serta berkaitan dadah.
Kesemua mereka dalam proses tindakan undang-undang, katanya. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Apesal pulak.. tentera nak bawa masuk meriam ke.
Post a Comment