Kerajaan BN katanya telah membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) di stesen Pudu Sentral di Kuala Lumpur pada 10 September lalu dan akan dirasmi oleh PM pada 22 September 2012. Malangnya PLAZA RAKYAT di SEBELAH PUDU SENTRAL TERBIAR ,TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 1992.
Pusat setempat itu akan kununnya akan memudahkan masyarakat bandar mendapatkan akses kepada keperluan yang disediakan oleh agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan di bawah satu bumbung.
Pudu Sentral atau nama asalnya Pudu Raya dijangka akan dimansuhkan perkhidmatan bas dan penumpuan kepada projek UTC Najib. Projek ini terpaksa dilakukan bagi menutup kegagalan BN menyiapkan Plaza Rakyat yang telah terbengkalai sejak tahun 1992.
Setelah bertukar tangan beberapa kali, projek Plaza Rakyat yang dibina di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dan berhampiran stesen bas Puduraya, kali terakhir dimajukan oleh Global Upline.
KINI PROJEK MASIH KANTOI !
Pada 25 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan ke tapak projek itu meminta supaya projek itu disiapkan secepat mungkin dan mengeluarkan arahan supaya kementerian memberikan had masa kepada pemaju untuk menyiapkan projek itu.
Projek Plaza Rakyat merupakan usahasama antara DBKL dan Tetuan Plaza Rakyat Sdn Bhd (PRSB), yang perjanjiannya ditandatangani pada 16 Dis 1992, di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.
Plaza Rakyat dirancang mempunyai tiga bangunan - 79 tingkat, 49 tingkat dan 21 ingkat -- untuk ruang pejabat, kondominium dan sebuah hotel.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak lama lagi Plaza Rakyat mungkin akan bertukar pemilik. Janji, masyuukkk!!
sudah menjadi lumrah yang puak gerombolan sana buat sesuatu untuk kepentingan diri dan kroni.ni terjadi apa bila melatakkan ALLAH taala di belakang dan duit sebagai matlamat.
nice post.
lawati blog saya
www.penakhalifah.com
Post a Comment