Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 17, 2012

INNALILLAH ! TAKZIAH PADA KELUARGA ARWAH ALDY HASMI & HASHIMAH

CEGAH KEMATIAN LATIHAN PTD DARIPADA BERULANG

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aldy Hasmi Abu Hassan, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Wataniah di Pekan, Pahang semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua tahun selepas kematian seorang pelatih PTD Norhashimah Wahid, ketika menjalani latihan ala-komando.

Saya difahamkan keluarga Allahyarham Norhashimah telah dimaklumkan bahawa modul komando telah pun diberhentikan dan prosedur operasi diubah berikutan tragedi yang menimpa beliau.

Berikutan tragedi yang menimpa Allahyarham Aldy Hasmi, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang meminta aktiviti lasak bagi PTD dihentikan serta-merta.

Namun dengan berulangnya kematian seorang lagi anggota PTD membangkitkan persoalan adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan mental. Namun ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD.

JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada kedua-dua kes Norhashimah dan Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian. JPA juga harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD terpelihara.

Sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga arwah Aldy Hasmi dan Norhashimah.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

No comments: