Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, September 12, 2012
HANCUR LULUH KETUA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR !
PETALING JAYA 12 September: Selangor tidak akan menyertai Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hasil perbincangan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Selangor memutuskan untuk tidak akan bersama Kerajaan Pusat dalam PRU 13,” katanya.
“Saya secara peribadi menyokong keputusan itu kerana sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membersihkan nama pengundi di Selangor,” jelas beliau pada sidang media di sini hari ini.
nota : Sapa Ketua Perhubungan UMNO Selangor? Najib kut! dan sapa bakal MB UMNO kununya jika menang ? Sapa lagi Noh Omar ler?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Apakah pucuk kepimpinan PR telah buat keputusan muktamad tidak mahu ikut serta PRU13 ini bagi DUN negeri Selangor itu satu keputusan yang betul dan yakin akan mendapat kemenangan?. Tidakkah terlintas dihati kecil pemimpin-pemimpin yang bagitu bijak membuat keputusan ini berfikir sekiranya PR kecundang dalam PRU13 peringkat pusat?Apakah akan berlaku bilamana dipehak BN akan memberikan tumpuan sepenuhnya pula ka PRU DUN negeri selangor?.Janganlah terlalu yakin dengan apa yang kita capai dalam masa yang tak sampai lima tahun, kita tidak tahu hati perut pengundi lagi,usahlah berasa terlalu yakin dengan projek-projek yang telah kita berikan itu akan mendapat pulangan dalam masa yang kita sendiri pun masih dipertikaikan, ingatlah pelandok selalu lupa jeratnya tetapi jerat tidak pernah lupakan pelandok.
Panda mu ghoyak, cubo mu buak lagu mano jadi.......
Allah sahaja yang tahu keputusan setelah kita berjuang, kadangkala kita kena buat keputusan yang orang tidak yakin tetapi ingatlah sebarang keputusan dibuat oleh pemimpin yag kita pilih.selepas berusaha kita bermunajat berdoa dan jaga solat dan solat hajat dan jangan kecewa dengan keputusan yang akan diperolehi
Post a Comment