Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 12, 2012

ANTARA SOROS/TUN MAHATAHIR DAN SOROS/SUARAM SAPA KEJAM?

Dituduh bahawa SUARAM mendapat dana dari luar negeri yang bersumber dari George Soros. Dana tersebut digunakan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Serangan terhadap SUARAM ini juga lantaran tindakan nekad SUARAM menyaman kerajaan Malaysia di atas pembelian kapal selam SCORPENE yang penuh dengan korupsi itu.

Bagi Tulang Besi, kalau mahu menyiasat pengaruh Soros dalam politik Malaysia, jangan hanya dihadkan kepada PKR dan SUARAM sahaja. Pihak polis harus memanggil jug Dr Mahathir Muhammad untuk siasatan.

Ini kerana Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan empat mata dengan Soros sewaktu Soros melawat Malaysia pada tahun 2006 lepas.

Malahan, Dr Mahathir perlu disiasat di atas penipuan beliau terhadap rakyat Malaysia. Sejurus selepas krisis ekonomi 1997, Dr. Mahathir dengan gegak gempita menyalahkan Soros di atas mala petaka ekonomi yang menimpa Malaysia pada masa itu. Seluruh jentera media Malaysia digunakan untuk menyerang Soros sehingga seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir.

11 tahun kemudian, Dr. Mahathir yang sama boleh bertemu dengan Soros dan membuat kenyataan di bawah:

"You personally are not involved but the devaluation was done by other traders and I accept that you are not involved," he told a packed news conference after the talks. "It's not the question of forgiveness or anything like that," said Mahathir, who had a mild heart attack recently. "My view of him has changed.
"TERJEMAHAN: "Kamu (Soros) tidak terlibat (menyerang matawang Malaysia pada tahun 1997) tetapi kejatuhan nilai matawang (Malaysia) adalah angkara pedagang matawang yang lain dan saya terima bahawa anda, Soros, tidak terlibat" Dr Mahathir menyatakan kepada para pemberita di dalam sidang media yang begitu sesak.
"...Pandangan saya terhadap Soros telah berubah" kata Mahathir.
Malahan Jeff Oii dalam Asian Correspondent melaporkan:
"They are now declared friends, and even found a common ground to take their ties a step further… for global peace."



TERJEMAHAN: Mereka (Mahathir dan Soros) adalah sekarang ini berkawan sehingga boleh mencari titik pertemuan di dalam mempromosi agenda keamanan dunia"

Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tertipu. Tampaknya seperti serangan kepada Soros pada 1997 itu hanya sekadar lakonan dan sandiwara Dr.Mahathir bagi tujuan menutup kelemahan sendiri.

Seeloknya Dr Mahathir harus disiasat dahulu sebelum SUARAM. Itupun kalau ada keadilan di Malaysia ni lah.

No comments: