Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 21, 2012

PAS MENJAWAB TUDUHAN TAK BERMARUAH DALAM RUMAH ALLAH!!

Jawapan lanjut dan penjelasan terperinci sila rujuk di
http://hasbiirabbii.blogspot.com/2012/08/isu-syiah.html

Tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Abang Mat Sabu bahwa beliau adalah penganut Syiah telahpun beliau jelaskan sebelum ini namun jawapan beliau itu tidak memuaskan hati banyak pihak. Maka sepatutnya diminta dari yang menuduh membawa bukti akan pertuduhan mereka tersebut tetapi bukti pertuduhan-pertuduhan itu semuanya berbentuk ‘hearsay’ bersifat cakap-cakap yang tidak boleh di terima pakai dalam mahkamah keadilan. Oleh kerana itu bagaimana pimpinan PAS mahu melayan fitnah seperti ini. Abang Mat ini pula membesar dalam PAS sejak dari akar umbi lagi ahli-ahli PAS melihat setiap amalan hariannya khususnya termasuk solatnya. Sepanjang sekian lama Abang Mat memimpin tidak ada apa yang mencurigakan mereka untuk mereka tidak memberikan ketaatan. Sekiranya jelas perbuatan beliau itu bercanggah dengan amalan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah sudah lama awal-awal lagi isu ini meletup dan sudah tentu beliau tidak akan naik ke peringkat tertinggi Parti setinggi ini kerana benteng yang ada dalam PAS ini. Orang mungkin boleh menyebut ‘taqqiyyah’ sheikh…. Oh begitu.. kalau begitu sungguh hebat lakonan taqqiyyah yang disembunyikan oleh Abang Mat ni sehingga tak dapat dihidu oleh Pimpinan Parti dan Majlis Syura ‘Ulama bertahun-tahun lamanya.

Memang tidak dapat dinafikan Abang Mat begitu menyanjungi beberapa pimpinan Iran seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini, Ayatullah Hasan Nasrallah dan Dr Ali Shariati. Dan mereka ini dengan jelas mengkritik isteri Rasulullah saw dan beberapa para sahabat r.a. Tetapi ini tidak bererti Abang Mat menyetujui sikap sebegini kerana tidak pernah ahli PAS mendengar Abang Mat mengkritik isteri Rasulullah saw dan para sahabat r.a na’uzubillahi min zalik. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat mempunyai pegangan Rukun Islam seperti Rukun Islam Syiah di mana Rukun Dua Kalimah Syahadah digantikan dengan Rukun Al Wilayah. Tidak ada. Tidak ada gambar atau video yang menunjukkan Abang Mat sembahyang mengikut Mazhab Syiah dengan menggunakan batu Karbala untuk tempat bersujud. Tidak ada. Tidak ada rakaman yang menunjukkan Abang Mat menyokong tindakan Rejim Syiah Syria yang membunuh umat Islam Sunni sepertimana yang ditunjukkan oleh Iran. Tidak ada. Tidak pernah ada bukti Abang Mat mengazankan untuk mana-mana Solat fardhu sepertimana Azan Syiah yang menyelitkan Asyhaduanna ‘Ali Waliyullah. Tidak ada. Jadi bagaimana Pimpinan Pusat, Majlis Syura Ulama, Ahli PAS mahu dan dapat mensabitkan hukuman terhadap Abang Mat. Benteng yang dibina oleh PAS ini cukup ampuh untuk mana-mana individu dapat melepasi kubu ini dan ia telah terbukti sepanjang 61 tahun ini. Alhamdulillah.

Jadi persoalannya apakah niat golongan-golongan tertentu ini begitu bersungguh-sungguh menimbulkan isu ini? Apakah tujuan pihak-pihak ini menimbulkan keraguan terhadap Parti Islam SeMalaysia? Kenapa mereka beriya-iya benar memberikan peluru kepada musuh-musuh Parti Islam SeMalaysia ini?

4 comments:

Anonymous said...

Ana rasa tragedi fitnah ala menghina timb presiden pas ini berlaku oelh Syeikh Nuruddin yg dikuatkan oleh kump Jilsah kaw btg kali jika x silap.Yg tak bagusnya Syiekh dr luar Malaysia ini membuat kenyataan rambang setelah beliau mendapat tempat di tv .Adakah beliau diugut oleh UMNO ?kerana beliau dikatakan tiada tauliah dr Jabatan Negeri Selangor.Sbg ahli sufi beliau wajib ada ketegasan bukan mengikut ugutan.
Lagi x cerdik dan nampak membodek, beliau buat kenyataan pada kuliah subuh dan di bulan Ramadan 1433H.
Semoga ada pihak Jilsah akan membuat penjelasan tidak lama lagi atau tiada sokongan kariah di masjid tersebut.Wallahhualam bissawab

Anonymous said...

Itulah mungkin Abang Mat selalu menyebut-nyebut pemimpin Syiah itu dlm kebanyakan ceramahnya. Sedang ramai yang tahu fikrah Syiah itu 90% dlm agama adalah takiyyah dan Khomeni sendiri menyatakan 'orang yang paling mulia ialah orang yang banyak bertakiyyah'.

Anonymous said...

rejim syria tu sunni lah. tgk gambar http://abna.co/data.asp?lang=15&id=337939

Anonymous said...

Ana tenggok perkara ini senghaja di besar-besarkan oleh orang-orang PAS sendiri dengan mengunakan peranyara Syeikh yang dah kena beli, dengan sedikit ganjaran dari pehak yang menaja,maka terjadi lah apa yang telah kita lihat hari ini,kalau benar apa yang disebut oleh sheikh ini,maka sudah jelas bagi kita fakta yang belai perolehi itu adalah dari orang-orang PAS yang telah gagal mengejar impian mereka yang dikejar tidak kedapatan.