Saya telah mengikuti kuliah Tok Guru sejak lebih dua puluh tahun yang lalu. Jadi, saya sentiasa merasa teruja untuk terus mengikuti kuliah-kuliah beliau lebih-lebih mendapat peluang untuk merakamkannya dalam bentuk buku. Buku ini mengandungi lima belas kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru dalam majlis ilmu yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Kota Baharu, Kelantan.
Dalam buku ini juga saya merakamkan pandangan dan perasaan saya terhadap kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau. Semoga dengan rakaman dan huraian tesebut, ia akan membawa kita lebih dekat dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Tok Guru. Lebih penting lagi ialah memahami, menghayati dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan. Ilmu yang diperolehi itu kemudian boleh disampaikan kepada orang lain.
Begitulah cara ilmu itu berkembang dan ia merupakan satu proses yang berterusan untuk mewariskan ilmu kepada generasi yang akan datang."
- Ann Wan Seng, Penulis
KANDUNGAN
Jumaat (1) - Menyuruh kepada yang Makruf, Melarang kepada yang Mungkar
Jumaat (2) - Taubat
Jumaat (3) - Takwa
Jumaat (4) - Dosa Pahala
Jumaat (5) - Tauhid
Jumaat (6) - Sedekah
Jumaat (7) - Doa
Jumaat (8) - Rezeki
Jumaat (9) - Kiamat dan Akhirat
Jumaat (10) - Hijrah
Jumaat (11) - Terima Islam sebagai Ad-Din
Jumaat (12) - Fasik
Jumaat (13) - Keluarga
Jumaat (14) - Dakwah
Jumaat (15) - Kelebihan Hari Jumaat
Harga = RM15.00 (Sem) RM18.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 218
Penulis = Ann Wan Seng
Penerbit = Kemilau Publika Sdn Bhd
http://bookkeeper-uwise.blogspot.com/
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment