Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 13, 2012

TINDAKAN PELIK DAN TERBALIK WAJAR UNDI MEREKA RAKYAT TARIK BALIK !

BN atau Barisan Nasional juga dikenali sebagai parti terbesar di Malaysia dengan komponennya terdiri parti utama seperti UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain. BN juga dikenali sebgai Be End kebelakangan ini.Almaklumlah BN diibaratkan orang gemuk yang telah susut isi badannya hari demi hari di mana ramai ahlinya samada UMNO, MCA dan MIC lebih-lebih lagi di Sabah dan Serawak sudah ramai keluar dari BN dan berterusan akan berpaling ,sedar, dah celik dan berubah akan mengundi Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang mandatnya sehingga bulan April 2013.

BN dah celik? memang Ya ..mereka baru perasaan yang rakyat yang mereka gulakan dulu dan mereka subsidikan dulu adalah manusia yang ada perasaan dan tubuh badan dan berketurunan.
Bila penangan Buku Jingga dan tekanan sokongan rakyat kepada bukan BN bertambah maka barulah mereka terhegeh-hegeh beri itu ini.Beri wang dan tayar dan banyak lagi. Mereka (BN) sudah hilang punca dan kecewa dengan sambutan dan sokongan rakyat yang berkurangan amat ketara.

Sehinggakan Najib turun padang buat kedai 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia dan tidak cukup lagi akan ditambah dengan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia.
Najib pilih jalan terbalik dan menyusahkan parti dan kerajaan BN menguruskannya.
Sebenarnya mudah saja untuk mentadbir dan mengambil hati rakyat Malaysia iaitu menurunkan dan jangan menaikan harga petrol dan mengurangkan bayaran tol ke arah bayaran percuma. Dengan cara ini harga barang sukar naik, bahan binaan juga sukar ada alasan untuk dinaikan dan ecara tak langsung harga rumah tidak melambung sehinggakan ada projek terbengkalai dan akhirnya menonjolkan ketidak perluan Kementerian Perumahan .
Kini Allah bukakan hati seorang ahli UMNO iaiatu DUN KEMELAH dari Johor untuk menuntut Hudud dilaksana di Johor. Kita hanya pandang positif atas inisiatif beliau dan akan menyokong beliau sepertimana sokongan Tok Guru Nik Aziz pada beliau.
Dulu mereka selalau menentang Hudud yang disuarakan oleh PAS bertahun-tahun tapi tiba2 ada UMNO berubah kebetulan YB Salahudin dikatakan akan bertanding di Johor.

Pelik?
BN memang buat kerja pelik sejak dulu lagi dari lambang kapal layar (Perikatan) sehinggakan lambang dacing. Mereka sewajarya mengurus rakyat dan memberi khidmat tapi mendera dan menekan serta memerah rakyat dengan cara 'terhormat'.

Banyak masalah yang lakukan oleh BN dulu dibetulkan dan dimajukan oleh Patkatan Rakyat akan dimomokkan dan di persenda dan diganggu oleh UMNO/BN contohnya projek olehterbengkalai dan rumah tak diduduki di Hulu Selangor.
Bila dapat diselamatkan dan dihidupkan dalam masa kurang 5 tahun seperti kes rumah terbengkalai seperti projek bukit Botak namun BN pula mengasak mencari kelemahan bukan membantu menyelesaikan projek yang sudah bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan semasa mereka memerintah.

Pelik bila Bn tertekan bila kuncu dan kroni samada manusia atau media terus membuat kesilapan dan keburukan seperti kes amuk di Putrajaya. Mereka sanggup mengatakan 2 orang itu cuba merampas pemerintahan Malaysia selepas menudun BERSIH 3.0 cuba merampas kerajaan BN melalui penggunaan air dan garam.

Pelik, bila polis menyatakan lelaki tersebut tidak siuman tetapi kenapa tindakan berwajib melampau sehingga membunuh beliau. Tidak bolehkah gunakan Kayu Renjatan Letrik atau penembak tepat hanya untuk mencederakan beliau dan menangkap beliau. Polis juga mengatakan tiada rekod jenayah .
Mangsa Allahyarham adalah seorang Islam kenapa dikatakan ahli keluarga Allahyarham tidak diberi menghadiri pengkebumian tersebut?
Pelik !
Bukan nak memburukkan maruah polis tapi teman hanya menjelaskan kepelikan yang berlaku dan pihak berkuasa tidak nampakkah kepelikan itu?
Buatlah khidmat dengan betul dan telus agar Pihak Polis dapat dilihat mulia dari segi tugasnya dan tindakannya bukan ditakuti dan dibenci.wallahualam.


1 comment:

Unknown said...

Nice information, I have helped. I recommend to try
View TorMining
soft portal
mega download soft