Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 12, 2012

SENJATA AMPUH BOLEH BUAT BN LUMPUH

Pakatan Rakyat jangan lengah mendirikan lokasi WIFI percuma sebanyaknya kerana Kerajaan BN telah memperbanyakkan pemberian net book atau laptop mini kepada rakyat Malaysia melalui pelajar sekolah di mana net book ini adalah senjata utama yang boleh mempercepatkan penerimaan maklumat kepada rakyat. Bila net book dipasangkan dengan WIFI maka ia akan menjadi senjata ampuh yang boleh melumpuh malah membunuh pengARUH parti Barisan Nasional hingga ke akar ummbi.Teman setuju benar WIFI dipasang disegenap pekan, masjid ,surau, kedai di Hulu Selangor terutama di masjid bukit sentosa dan bandar baru bukit sentosa.

BERITA baik untuk rakyat negeri Selangor. Dalam perbahasan di Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti untuk memastikan semua masjid dan surau di Selangor mendapat kemudahan wifi percuma.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata inisiatif itu diambil sebagai langkah untuk rakyat celik komputer dan informasi negeri dapat disampaikan.

“Cadangan itu sedang diteliti pada masa kini dan akan diumumkan kelak,” katanya ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukkan tambahan sebanyak RM5 juta untuk memastikan pelebaran jalur internet lebih cepat dari yang dijangkakan.

“Ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk pastikan ia dapat dilaksanakan,” katanya.

Tambah Rodziah, Kerajaan Negeri telah membuat dasar untuk menentukan kawasan pemasangan Wifi mengikut keperluan dan kriteria.

Antaranya kawasan tarikan perlancongan, komersial, pejabat kerajaan, medan selera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawasan riadah, hub pengangkutan dan Kolej.

“Bagi Fasa 1, kita telah lancarkan di Dataran Shah Alam, PKNS, medan selera Seksyen 2, 3 dan 9, Shah Alam selain Kuala Kubu Bahru dan Dun Permatang serta lain-lain lagi,” katanya [Selangorku].

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/masjid-dan-surau-di-selangor-akan-dapat.html#ixzz20KesqP38

2 comments:

Anonymous said...

selepas ini laluan intenet akan disekat spt di myanmar.

Anonymous said...

jangan lupa wahai rakyat Malaysia, BN bagi net book yg murah dan kurang kualiti dan cepat rosak