Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 23, 2012

BN TERPERANJAT, UMNO TERKULAT !

Komen : Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).
Projek lereng bukit: Umno jangan tipu diri sendiri


Isnin, 23 Jul 2012 02:10
Merujuk pada berita 'Prosedur dokumen projek lereng bukit remeh' di Utusan Malaysia Online pada 30 Jun lepas yang antara lain melaporkan Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan, Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng menuduh Kerajaan Negeri tidak ikhlas di sebalik isu 37 projek lereng bukit 'berisiko tinggi' di negeri berkenaan.



"Kerajaan Negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupu mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).



"Saya ingin bertanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temujanji beserta syarat-syarat lain," tanya Leong Meng.



Jika Leong Meng ikhlas, saya mencabar beliau mendapatkan serta meneliti semua dokumen berwajib lalu mengemukakan bukti pentabdiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak melaksanakan urus tadbir yang bersih.



Ini kerana, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun membuat pameran terbuka semua bukti berwajib kepada awam pada waktu pejabat di Tingkat 4, Komtar sejak 1 Julai lepas hingga 30 September depan.



Saya mencabar pemimpin Gerakan kerana saya anggap pemimpin Umno semasa Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu pun sebenarnya tidak berani menegur pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri).



Saya percaya, beberapa bekas pemimpin utama Umno yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri seperti Datuk Azhar Ibrahim (Adun Penaga) dan Datuk Seri Dr Mohd. Hilmi Yahaya (Adun Telok Bahang) dahulu pun tidak berupaya membawa kebenaran dalam kerajaan negeri.



Sebenarnya, pemimpin Umno bising depan Melayu saja kononnya mereka sahaja yang memperjuangkan kepentingan Melayu.



Tetapi, hakikatnya mereka tidak berani mendedahkan perkara yang sebenar. Mereka tidak berani mengatakan perkara yang sebenar di depan Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Datuk Tan Hock Nan dan Teng Chang Yeow (Setiausaha Agung Gerakan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang).



Mereka hanya nampak garang dan lantang di depan Melayu kononnya hanya mereka memperjuangkan nasib Melayu. Tetapi, mereka sebenarnya nampak tidak ikhlas kepada semua rakyat di negeri Pulau Pinang.



Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).



Perkara sebenar yang disembunyikan adalah 19 projek yang diluluskan adalah pembaharuan kelulusan pelan terdahulu atau berdasarkan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Kemajuan MPPP yang diluluskan pada 13/9/1996.



Pemimpin Umno jangan tipu diri kalau takut menegur pemimpin Gerakan Pulau Pinang.



Mohd Firdaus ialah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jerai.

No comments: