Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 5, 2012

ALHAMDULILLAH , CUKAI PINTU TURUN 25 PERATUS !

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat kerana terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, yang terbaru adalah pengumuman Menteri Besar Selangor untuk memberikan potongan sebanyak 25 peratus cukai pintu kepada semua pemilik pangsapuri kos rendah di seluruh itu.

“Pengumuman ini pastinya melegakan seluruh warga negeri Selangor terutama golongan berpendapatan rendah yang rata-ratanya menghuni rumah pangsapuri kos rendah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan kos sara hidup yang begitu tinggi dan dengan pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat terhadap rakyat, kehidupan rakyat amat tertekan dan terbeban.

Justeru, ujaqrnya usaha kerajaan Selangor itu amat relevan dan sesuai di waktu ini bagi rakyat negeri itu.

Ini, tambahnya menandakan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sentiasa mendahulukan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah bagi memastikan kehidupan mereka terbela.

Apa yang dikagumkan, kata beliau dalam masa pemerintahan yang singkat ini Pakatan Rakyat telah banyak mendahului kerajaan pusat dalam memberikan kemudahan kepada rakyat.

“Pastinya keadaan ini adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang cekap, amanah, efisyen serta tidak terlibat dengan rasuah, skandal atau penyelewengan.

“Bahkan pemimpin Pakatan Rakyat memberikan kebajikan ini tanpa mengenal bangsa, warna kulit, keturunan serta fahaman politik,” ujarnya.

Justeru, katanya DPPWP menyarankan kerajaan negeri-negeri lain yang diperintah oleh Barisan Nasional serta kerajaan pusat agar mencontohi usaha kerajaan negeri Selangor itu.

Menurutnya, manfaat daripada kedudukan ekonomi negeri-negeri wajar disalurkan ke tempat yang sepatutnya, khususnya untuk kebajikan rakyat, bukan golongan elit korporat yang kaya serta kroni terdekat.

2 comments:

Anonymous said...

kenapa tidak diturunkan untuk semua rumah kediaman di selangor seperti yang dijanjikan..?

Anonymous said...

a'ah...xkiralh flat,pgsapuri@umah teres.patut juga diberi ptongan..sbb,kami pun rakyt selangor..
ape cerita nih?