Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 3, 2012

UMNO CEDERA BN TAK BERNYAWA DEK PENANGAN BERSIH TIGA

Mujur belum nampak kelibat Kuli (Ahli Parlimen Gua Musang BN) dalam BERSIH 3.0 ...kalau tidak berbuih mulut Ketua Penerangan UMNO dan boleh mata tak tertutup DS Najib kalau berlaku adingan itu. Kesihan Najib bila ramai orang kuat beliau telah keluar dari menyokong UMNO seperti Aspan Alias dan sekapal dengannya dan dari Pahang pula tu. Dengan Tan Sri Kadir bekas Menteri Penerangan yang masih UMNO bersama peserta BERSIH dan berpeluang berucap di tangga Menara Bank pada 28 April yang lalu.
Dengan anak Tun Mahathir terus mantap bersama BERSIH dan artis dan seterusnya pegawai dan jabatan kerajaan. Kini ada bukti orang kuat MCA walaupun bukan anak jantan tapi perempuan namun UMNO terus terluka dan BN berduka.
Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu.

Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri beliau berkata, tindakan Sit Har menyertai BERSIH 3.0 membuktikan bahawa Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.

“Beliau (Sit Har) patut letak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA. Jangan susahkan MCA dan BN. Sila beri peluang kepada muka baru,” kata Ali Rustam.-DCM
Kalau ada wakil MIC dalam BERSIH 3.0 maka lengkaplah penyertaan dari semua rakyat Malaysia tak kira bangsa atau umur atau politik yang penting semua mahu bersih dalam pentadbiran dan bersih daftar undi dan bersih dalam melaksanakan Pilihan Raya.

No comments: