Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 2, 2012

TRAGEDI 26 & 28 APRIL BUAT RAKYAT MENGGIGIL !



Menakutkan rakyat , ramai polis stress pukul rakyat bagai nak rak pada 28 April. Sebelum itu ada ke 26 April di Kedah seorang Polis menembak rakan sekerja guna M16 . Apa dah jadi dengan POLIS Malaysia? Ketua Polis Negara pernah tersungkur pitam di depan perhimpunan. Polis rasuah , polis terlibat dengan rompakan bank , pegawai tertinggi polis berkawan dan kautim dengan samseng ,rompakan di cyber cafe dan banayak lagi.

Kajian Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres. Sementara itu tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Tragedi pada 26 April 2012, dimana seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit, Kedah maut dipercayai akibat ditembak oleh rakan setugasnya di depan pintu pagar istana tersebut membuktikan betapa seriusnya tahap kesihatan mental anggota polis kita. Justeru itu satu program pemeriksaan kesihatan mental menyeluruh terhadap anggota polis perlu dilakukan segera, serta langkah pencegahan dan pemulihan perlu dilaksanakan.

Masalah peribadi bukan punca polis kena tembak BH 2 Mei 2012 AYER HITAM: Tindakan seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugas di balai pengawal Istana Anak Bukit, di Alor Setar, Khamis lalu, tidak membabitkan sebarang masalah peribadi berikutan kedua-dua mereka baru berkenalan ketika ditugaskan bersama pada hari kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata kejadian itu bukan berpunca daripada masalah peribadi terutama cinta memandangkan dua anggota terbabit baru berkenalan, namun pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil menyebabkan kejadian itu berlaku.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masalahperibadibukanpuncapolisk

POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU


KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.
Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/A

2 comments:

Anonymous said...

Jangan jadi macam tentera Amerika yang baik dari perang Afghanistan sudahlah......bunuh diri beb! tekanan jiwa...mungkin doa orang yang terniaya kot! Adakah mangsa keganasan BERSIH 3.0 tidak menadah tangan kepada Yang Maha Berkuasa Dan Maha Melihat?.
Kalau nak tunjuk setia pun janganlah menggadai maruah dan aqidah!

Anonymous said...

ckp byk bolehlah, ingat polis dan tentera teruk sgt ker..rasa2 korang nak pikul tugas mrk ker..jauh panggang dari api bro