Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, May 26, 2012

SPR PERLU BERSIH 5.0 DI KG PANDAN

Pengundi Hantu : 43 pengundi di rumah warga emas Kampung Pandan
Oleh SAIDAH HAIRAN
PANDAN: Sebuah rumah milik warga emas di alamat No 5, Jalan Kemajuan 1, Kampung Pandan, Selangor dikesan mempunyai jumlah pengundi yang tidak dikenali seramai 43 orang.
Melalui semakan daftar pemilih oleh jentera pilihan raya PAS Kawasan Pandan, pada tahun 2008, di alamat tersebut hanya mempunyai lapan pengundi tetapi jumlahnya bertambah menjadi 43 orang pada tahun 2009.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A Samad mendedahkan, daripada semakan bantahan daftar pemilih mendapati senarai nama pengundi telah didaftarkan di semua rumah yang didiami warga emas.
Katanya, pengundi yang tidak dikenali itu telah didaftarkan di alamat No 5, Lorong Kemajuan 1,2 dan 3, Kampung Pandan.

Semua tuan rumah yang ditemui menyatakan tidak pernah mengenali nama-nama pengundi yang didaftarkan di rumah mereka, tegasnya.
"Kebanyakan rumah di Kampung Pandan dimiliki warga emas dan mereka telah menetap di alamat tersebut sejak kampung itu dibuka, iaitu pada awal tahun 60-an," katanya.
Iskandar yang juga Adun Chempaka mendakwa mungkin rumah yang dimilik warga emas digunakan untuk mendaftar pengundi kerana beranggapan mereka tidak mungkin menyemak senarai daftar pengundi di rumah masing-masing.
Lebih mencurigakan, tegas beliau, pendaftaran pengundi baru itu telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, iaitu tahun 2008.
Katanya, terdapat sebuah rumah yang didaftarkan pengundi sehingga 43 orang manakala rumah No 39 mempunyai empat orang pengundi dan rumah No 33 mempunyai 18 orang pengundi luar.
Tambah beliau, rumah No 31 memilik 11 pengundi dan rumah No 29 mempunyai 13 pengundi yang masing-masing tidak dikenali.
Menurut Iskandar, daripada semakan jentera pilihan raya, didapati pertambahan pengundi mendadak di alamat-alamat tertentu menunjukkan ada usaha terancang untuk memindahkan pengundi ke kawasan Dewan Undangan Negeri tertentu di Selangor.
Beliau berkata, mereka yang terlibat dalam usaha pemindahan pengundi itu yakin kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya boleh ditewaskan dengan cara mendaftarkan pengundi luar.
Ini kerana, katanya, melalui proses pilihan raya umum yang adil adalah sukar bagi Umno-BN merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Sehubungan, itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalankan siasatan segera dan melakukan tindakan yang sewajarnya berhubung pendedahan tersebut.
Iskandar berkata, walaupun masa untuk menyemak dan membantah untuk suku tahun 2011 telah berakhir tetapi demi kredibliti SPR mesti membersihkan senarai daftar pengundi.
Posted & copy by rakyat marhaen at

3 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Blog, Mohon Sebarkan. Tq

http://www.youtube.com/watch?v=WbOL6BNzxY4&fb_source=message

Sari said...

kg pandan tu memang ramai indon pun.... dah jadi kg mereka

Anonymous said...

nk tengok bukti boleh tak?