Ini bukan Kes Pagar makan padi tapi pagar cederakan diri sendiri.dIBERITAKAN MEREKA INI BUKAN DALAM BERTUGAS DAN SEDANG BERSIAR-SIAR TAPI BERSIAR DI KAWASAN LARANGAN.
5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.
Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.
“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.
“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.
Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. ~ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Lima anggota polis cedera apabila kereta yang mereka naiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh berkata, kelima-lima mangsa yang berusia di antara 20 dan 22 tahun dan bertugas di ibu pejabat polis Shah Alam menerima rawatan di Hospital Putrajaya sebelum salah seorang daripada mereka dibenarkan keluar wad.
Mohmad berkata, kelima-lima anggota polis itu tidak bertugas semasa kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.
Katanya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Beliau berkata, kereta tersebut merupakan milik seorang anggota polis yang terlibat dalam kemalangan itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment