Bila Majlis Peguam tak sebulu atau sependapat dengan mereka (BN) maka mereka akan buat yang lain. Bila ada negeri BN yang diperintah PR maka mereka akan tubuhkan JKP pula walau dah ada JKKK ...memang membazir duit rakyat.
Bila sesuatau Kementerian atau Jabatan BN kantoi atau beri keputusan yang buruk maka mereka(BN) akan tubuhkan surahanjaya atau pemantau.
Contohnya kementerian penggangkutan gagal mengawal ditubuhkan SPAD padahal mereka ada JPJ dan sebagainya.
Bila Hakim tak sebulu keputusan macam kes Tun Salleh Abbas maka mereka(BN) akan tubuhkan tribunal.
Kini bila majlis peguam tak sebulu dgn mereka walau keputusan Majlis Peguam memang selari dengan kehendak rakyat maka mereka nak tubuh majlis lain pulak! Inilah BN.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah bersetuju untuk mengkaji pembentukan Majlis Peguam kedua sebagai alternatif kepada peguam yang tidak berpuas hati terhadap Majlis Peguam sedia ada berhubung dakwaan mereka menyokong perjuangan pembangkang.Menggelarkan badan berkenaan sebagai “pembangkang”, menteri berkaitan hal ehwal perundangan itu menegaskan kebanyakan peguan kecewa dengan kepimpinan di bawah Lim Chee Wee namun tidak mempunyai pilihan lain selain menjadi ahli kepada Majlis Peguam.
Ketika mesyuarat tergempar (EGM) minggu lalu, peguam Abu Backer Sidek berkata kepada pemberita beliau telah hilang minat untuk menjadi ahli “bodoh” Majlis Peguam, yang menurutnya bersifat berat sebelah.
Beliau mencadangkan dibentuk satu lagi Majlis Peguam sebagai alternatif untuk mereka yang mempunyai pendirian sepertinya.
“Saya akan berbincang dengannya (Abu) dan Peguam Negara untuk melihat sama ada terdapatnya kemungkinan untuk membentuk badan alternatif,” katanya kepada The Malaysian Insider.~
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
kater demokrasi....jadi kener ikut majoritilah......ini bila pendapat awk tak diterima....marah pulak....itu dinamakan kuku besi......bangang betul....eloklah tu jadi lembu UMNO/BN.....
Brapa ramai pengikut Abu Backer Sidek ni. Apa yg diketahui beliau hanya seorang diri.
Berikan Abu Backer Sidek tu jawatan pengerusi majlis peguam kedua. Semua jawatan beliau pegang seorang.
Post a Comment