Insyaallah, PR akan berjaya: asalkan jangan mendahului Tuhan
Kalau kita buat kajian yang serius, kekuatan PR tidak boleh kita nafikan dan ia telah terbukti dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. BN yang begitu gah selama ini sekarang sudah begitu kecil dan sokongannya sudah menirus. BN sekarang ini ibarat tali gasing; lagi ke hujung lagi mengecil.
BN mempunyai 14 komponan di dalamnya, sedangkan PR hanya mempunyai 3 parti yang bergabung dan bekerjasama dengan motif yang satu, iaitu untuk menjadi alternatif yang efektif kepada pilihan rakyat dalam PRU yang bakal diadakan. Mengikut undi popular dari SPR, Pakatan Rakyat telah mendapat hampir 51% sokongan rakyat dalam pilihanraya yang lalu, tetapi mereka (BN) mendapat lebih kerusi kerana kawasan yang dimenangi oleh BN merupakan kawasan yang mempunyai pengundi yang kecil.
Sekarang BN telah menambah dua lagi keahlian dalam komponannya: iaitu SPR dan Polis (PDRM). Justru BN bukan lagi satu komponen 14 buah parti tetapi 16 jumlahnya. Tetapi yakinlah, PR akan mampu mendapatkan lebih dari 55% undi popular kali ini dan BN tidak mungkin dapat mempertahankan diri jika keadaan politik yang ada pada hari ini berterusan.
Dengan rekod buruk ahli komponan baru BN (Polis DiRaja Malaysia) semasa perhimpunan Bersih baru-baru ini, ia akan menambahkan lagi kebencian kepada sikap dan nilai pemimpin BN khususnya UMNO. Perhimpunan yang melebihi 200,000 orang rakyat Sabtu lalu memberikan impak yang bukan kecil kepada BN apatah lagi apabila parti baru BN, PDRM telah melakukan keganasan terhadap peserta perhimpunan itu. Polis dan BN serta media perdana telah menyelewengkan fakta dan menuduh peserta himpunan yang memulakan keganasan itu.
Mereka boleh melenyapkan fakta tetapi mereka yang menyertai himpunan itu merasakan kepedihan oleh tindakan polis menyembur gas pemedih mata kepada peserta himpunan yang datang dengan aman dan damai itu. Tetapi itu tidak mengapa, kerana yang benar akan terserlah jua akhirnya. Masyarakat antarabangsa telah melihat fakta yang sebenarnya dan yang menyertai himpunan itu pun tahu keadaan sebenarnya yang berlaku pada perhimpunan raksasa rakyat itu.
Rakyat faham tindakan polis itu adalah tindakan desperado pihak yang memerintah. Kita semua perlu bersabar kerana tidak ada kezaliman yang tidak jatuh akhirnya. Apa sangatlah kekuatan PDRM jika dibandingkan dengan kekuatan Firaun dahulu, tetapi Firaun tumpas kepada seorang manusia pilihan Tuhan.
Kita mesti yakin dengan contoh-contoh yang berlaku dalam rentetan sejarah yang tua dan yang terbaru. Kita lihatlah di mana-mana dalam dunia ini, apabila pihak penguatkuasa menyebelahi pihak yang menindas, yang tertindas akan akhirnya berjaya. Di negara di mana berlakunya ‘Arab Spring’ pihak yang menzalimi rakyat akhirnya gugur walaupun mereka disokong oleh pihak penguatkuasa seperti tentera dan polis mereka.
Bagi pihak pembangkang walaupun telah berusaha begitu kuat dan konsisten, yang paling penting untuk kita lakukan ialah untuk berdoa dan bertawassul terhadap Allah, Tuhan Semesta Alam ini. Jauh dari sudut hati ramai rakyat yang berfikir, BN akan tumbang kali ini. Yang terpenting kita jangan mendahului Tuhan.
Teruskan usaha dan teruskan doa, insyaallah, akan berlaku pertukaran kerajaan tidak lama lagi. Yang penting kita beristiqomah dalam segala usaha yang kita lakukan dan jangan lupa kepada yang Maha Penentu itu.
Posted by Aspan Alias
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment