Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 17, 2012

UMNO GAGAL DAN TERUS BEBAL BILA RASA DIRI KEBAL !

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, kepimpinan Umno gagal dalam membentuk sahsiah pemimpin mereka dengan ilmu dan sahsiah Islam kerana parti pemerintah itu hanya membentuk pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi.


Dalam satu kenyataan bertajuk “Surat Terbuka untuk Pejuang Melayu”, Hadi menjelaskan, Islam yang ada pada Umno hanyalah sekadar agama, dan bukannya “al-Din” seperti yang dinyatakan al-Quran.

“Pendekatan semangat kebangsaan Melayu Umno sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Islam sekadar satu religion atau agama, bukan ‘al-Din’ yang dinyatakan oleh al-Quran.

“Umno tidak mampu menempatkan dan melahirkan pemimpin yang perkasa dengan ilmu dan sahsiah Islam, Umno hanya berjaya melahirkan ramai pemimpin yang dicantas kerana kesalahan rasuah sesama sendiri, atau salah laku sesama sendiri dalam perebutan pertandingan kepimpinan negara apabila berjaya memimpin parti,” tegasnya.

Tambah Hadi, kepimpinan itu menurut pemimpin Umno dianggap sebagai peluang untuk diri, keluarga dan rakan keliling, bukannya menunaikan amanah memperkasakan bangsa bersama Islam yang sempurna, dengan iman, ilmu dan akhlak dan mampu menguasai berbagai kaum dengan menegakkan Islam adil untuk semua, yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna.

“Islam mengikut pendekatan UMNO, dilaksanakan secara terpilih bagi kepentingan duniawinya, bukannya memperhambakan diri menunaikan amanah daripada Allah yang menjadikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam,” katanya.
“Walaupun orang Melayu diapikan semangat kebangsaannya yang bertopengkan Islam,sedangkan isi kandungan menipu umat, dengan media upahan dan media abdi kepadanya, akhirnya bangsa Melayu bukan sahaja tidak boleh bertahan dengan Umno, bahkan jatuh terhumban bersamanya,” tegasnya lagi.
“PAS juga ada Majlis Syura Ulama dan ahli Dewan Ulama yang terlalu ramai.

“Tibalah masanya, para pejuang Melayu menyedari dan memahami bahawa slogan yang benar bukannya, pertahankan Melayu dahulu, Islam di belakangnya,” tambahnya.

Menurut Hadi, Melayu tidak selamat dengan diri mereka sendiri tanpa petunjuk Islam, sebagaimana Arab bangsa Rasulullah porak-peranda sekarang, kerana kebangsaan Arabnya mengatasi Islamnya.

“Tetapi yang sebenarnya ialah tegakkan Islam dan selamatkan bangsa dengan Islam, tunjukkan Islam yang sempurna, maka Melayu selamat dan semua kaum, bangsa dan penganut berbagai agama diselamatkan.

“Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadith itu tidak menolak kasih kepada bangsa masing-masing, tetapi melarang zalim terhadap bangsa selain bangsa kita.

“Islam tidak menghapuskan hak sesuatu bangsa secara tabii, seperti bahasa ibunda masing-masing dan budaya kaum masing-masing, tetapi melarang menjadi jahil dan keruntuhan akhlak dan Islam melarang paksaan dalam anutan agama dan Islam mewajibkan adil terhadap semua,” tambahnya lagi.

“Islam membetulkan cara hidup seluruhnya. Di sinilah perbezaan PAS dan UMNO,” tegas Hadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa, individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, seperti yang diwar-warkan di media massa, mereka harus benar-benar ikhlas kerana Allah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia termasuk bangsa Melayu.

“Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu,” tambahnya lagi.

3 comments:

tungkaran hati said...

Kini, kalau bercakap PAS mesti berbohong punya..! kenapa PAS gagal menunjukkan contoh pentadbiran yang lebih baik daripada UMNO/BN di Selangor, PPinang, Kedah juga Kelantan....apakah kerana ketaatan pada DAP/PKR, PAS hanya jadi pak turut sahaja? Perjuangan PAS sekarang hanya diatas nafsu ke Putrajaya bukannya untuk Islam! Bagi PAS, Islam hanya layak untuk ceramah dan tazkirah kepartiannya sahaja!
tolonglah jangan banyak berdusta diatas kegagalan sendiri dan menyalahkan pihak lain!

zul_neem said...

assalamualaikum

Pendustaan inilah yang membuatkan dari dulu dan sekarang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO kecut perut dan menjadi pondan untuk mengheret Pas untuk menbuat penjelasan terbuka dikaca TV dan media perdana, kerana dikuatiri pendustaan inilah yang boleh membuka minda dan punca bangsaku melayu boleh sedar dan celik mata keatas grand design,karut marut,cakap besar,bodoh sombong,syok sendiri,zalim dan alim kucing yang menjadi ciri-ciri UMNO untuk hidup disebalik sokongan padu daripada bangsaku Melayu.Pendustaan inilah membuatkan bangsaku melayu khusus UMNORIYUN mengeluar pandangan yakni merekalah sahaja yang hebat dan tahu menahu sedangkan selain daripada mereka bodoh.Macam bangsa Yahudi zionist yang menganggap selain daripada bangsa mereka adalah macam lembu.Pendustaan inilah menbuatkan jemaah UMNO membuat penilaian keatas jemaah Pas berdasarkan keegoan bukannya berdasarkan amal makruf ,nahi mungkar dan beriman kepada allah sebagaimana dikehendaki dalam Islam,agama bagi kedua jemaah ini.Kita ingin mahu mendengar kebenaran daripada UMNO dan kerajaan dibawah pimpinannya bercakap Islam dan negara supaya Putra Jaya tidak jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT yang terkini didoakan oleh seluruh mahkluk dibumi dan dilangit ditanah airku untuk memenangi dan mengalah UMNO dan seangakatannya dengan penuh gaya dan teknik yang menarik supaya terukir didalam sejarah bahawa kepercayaan karut yang mengatakan UMNO boleh merintah sampai kiamat, terkubur dan dipijak-pijak oleh generasi bangsa Malaysia yang cinta keadilan,kebajikan,ketelusan dan amanah.Rajin-rajinlah sikit untuk berfikir,banyak bertanya,membaca,buat rujukan sistematik,jalan-jalan cari sumber kebenaran dan buka mata dalam tempuh yang ada keatas apa yang telah dilakukan Pas dinegeri selangor.Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan daripada kacamata kebenaran dan bukannya pendustaan.sorry beb

Anonymous said...

saya sokong pendapat saudara Zul neem nampak sangat saudara kita kat atas tu otaknya biru cam bendera YAHUDI/APCO LAKNATTULLAH yang sebagaimana KITA TAHU UMNO/BN AMBIK BUAT "TUAN PENASIHAT 5PERSENT".ANDAIKATA SAUDARA KAT ATAS TU MUSLIM CAM KITA BAWAK LE MENGUCAP JANGAN HINA ULAMAK SEBARANGAN,MEREKA ITU PEWARIS NABI INGAT HUKUM-HAKAM DAN INGAT DALAM KUBUR,KAT AHKIRAT APA NAK JAWAB BILA DISOAL KELAK.