KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) meletakkan keyakinan penuh terhadap pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat madani menggerakkan masyarakat untuk menyertai Bersih 3.0.
Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, Ikram menyokong penuh penganjuran Bersih 3.0- Duduk Bantah sebagai langkah ke arah merealisasikan perubahan dalam pilihan raya.
"Untuk memastikan bahawa perhimpunan ini benar-benar mewakili suara rakyat dan melangkaui kepentingan politik, maka Ikram menyeru agar perhimpunan ini kekal diterajui oleh gabungan NGO masyarakat madani," kata beliau dalam satu kenyataan.
Ikram turut menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut terlibat dalam usaha memobilisasi rakyat bagi menjayakan perhimpunan Bersih 3.0.
"Ikram juga menggalak ahli terlibat ke arah mobilisasi rakyat bagi menjayakan himpunan Bersih 3.0 dan saya mengingatkan ahli menjaga disiplin dan ketinggian akhlak sepanjang himpunan," katanya.
Sabah juga sokong
Sementara itu Pengerusi Bersih Sabah 3.0, Andrew Ambrose berkata, NGO di negeri itu yang menyokong himpunan Bersih kian bertambah.
Mereka termasuklah Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah), Bangkit 2.0, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia Cawangan Sabah (Gamis Sabah), Himpunan Hijau dan parti politik di negeri itu.
“Kami juga akan berhimpun pada 28 April ini walaupun semalam polis negeri memaklumkan kami bahawa pasukan itu akan mengadakan latihan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada tarikh yang sama.
“Kami melihat tindakan polis ini secara sengaja untuk menggagalkan himpunan Bersih di Sabah kerana sebelum ini polis memberi jaminan akan membenarkan Bersih diadakan di tempat itu,” katanya selepas sidang media Bersih 3.0 hari ini.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat berkata, Bersih 3.0 akan dilaksana di lebih 51 lokasi seluruh dunia termasuk di tujuh nandar Australia dan 14 bandar Amerika secara serentak 28 April ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment