KUALA NERUS – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu mendedahkan, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mendedahkan, ‘Task Force’ yang ditubuhkan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi memberikan kad pengenalan kepada warga asing kini beroperasi di luar Negara.
Menurutnya, mereka berbuat demikian apabila ‘kegiatan haram’ mereka itu didedahkan oleh PAS baru-baru ini.
“Setelah Dato’ Mahfuz (Naib Presiden PAS) dedahkan dalam parlimen luar parlimen (tentang Task Force) sampai sekarang mereka (Umno/BN) tidak nafi, pasal apa mereka tak nafi, kalau benda (perkara) ini tak betul (sepatutnya) lama dah mereka ambil tindakan terhadap (Mahfuz),
“ini cukup bahaya dan lebih bahaya lagi, kita dapat maklumat bila (rahsia) ‘Task Force’ pecah daam Negara, orang (sudah) tahu belaka, mereka (Task Force) ini keluar Negara dia pergi ke Myanmar, ke Indonesia beri kad pengenalan di luar Negara,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Perdana Program Himpunan Generasi Bermaruah anjuran Lujnah Pendidikan PAS Pusat di Ma’ahad Tahfi Wal Tarbiah Tok Jiring dekt sini pada sabtu malam, 21 April.
Sehubungan itu, menurut Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, apabila sampai waktu pilihanraya mereka yang diberikan kad pengenalan di luar Negara itu akan datang untuk membuang mengundi seolah-olah mereka adalah rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara.
Justeru, beliau berkata perbuatan ‘menjual negara’ itu tidak boleh dibiarkan, mesti dilawan dan mesti dibantah oleh seluruh rakyat.
Beliau selaku pemimpin tertinggi PA Terengganu mengarahkan sekurang-kurangnya seramai 50,000 ahli dan penyokong PAS hadir Himpunan BERSIH 3.0, Duduk dan Bantah di Dataran Merdeka yang dijadualkan pada 28 April depan.
“Kita kena bantah, kita kena lawan kita kena himpun, saya atas nama Pesuruhjaya dan beritahu pimpinan untuk negeri Terengganu paling kurang 50,000 (orang) kena pergi (ke Dataran Merdeka) pada hari itu,
“dari Kemaman hingga ke Besut, pagi tadi saya dah peringat di Besut, kita nak Terengganu 50,000 paling kurang,”tegasnya.
turut berucap dalam Majlis tersebut ialah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik dan Mantan Pengarah Pelajaran negeri Perak, Dato’ Haji Adnan Ibrahim.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
Memang UMNuuu ni pengkhinat Negara. UMNUU kalau tidak dikuburkan dalam PRU 13 maka ingat lah wahai rakyat kita akan jadi serupa MYANMAR dan FILIPINA. SAPE TIDAK PERCAYA PERGI SEMAK SEJARAH. Pada satu masa dulu Myanmar (BURMA) adalah sebuah negara yang kaya sehingga orang2 dari India berhijrah kesana, sama juga macam FILIPINA, juga kaya raya. Disebabkan parti 'UMNuuu' MYANMAR DAN filipina SEMASA marcos MAKA NEGARA DIMISKINKAN SEBAB PEMIMPINNYA BOLOT HARTA SAMA SEPERTI apa yang sedang berlaku di MALAYSIA. Kalau BN terus perintah makla negara akan jadi papa kedana seperti negara diatas. Rakyat kita akan mengemis dinegara2 jiran. Jangan fikir tidak mustahil.
Mari kita bandingkan Malaysia 30 tahun dahulu. 30 tahun dahulu Malaysia kaya raya,nilai mata wang boleh dibanggakan dan hari ini apa dah jadi. Pergi semak kedudukan status RM dengan negara2 jiran dulu lepas itu, Europah dan Amerika. Fikir ler sendiri.
Post a Comment