Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 18, 2012

MENTERI KANTOI DI MAHKAMAH, GARA-GARA TUMBUK RAKYAT !

Menteri Umno gagal 'lari' selepas tumbuk rakyat
MENTERi Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini seakan tidak mampu lagi mempertahankan diri dari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Putrajaya mengenai dakwaan menyerang seorang ahli perniagaan lebih empat tahun lepas.
Ini kerana, Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan, semalam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman tersebut.

Panel tiga hakim yang membuat keputusan berani ini membabitkan Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali.

Ketiga-tiga Hakim sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zahid serta mengarahkan defenden itu membayar RM5,000 sebagai kos.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 41, selaku plaintif mengfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada saspek penyerangnya, Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid pada 16 Januari 2006 didakwa menyerang dan menumbuk muka Amir.

Sesiapapun yang mencerakan rakyat layak menerima pengajaran setimpal. -BE END

6 comments:

Anonymous said...

membunuh rakyat macam mana.....?

Anonymous said...

Mesti diadili dengan seadil-adilnya.

Anonymous said...

Wahai Anon 11:26 18 Mac , Tumbuk bukan bunuh !

Anonymous said...

rm5.000 jer ? depa ni sengeh je lah!

Anonymous said...

menumbuk rakyat sikit dah kecoh. pemimpin yang meliwat rakyat, berzina dengan china doll, menyokong keselamatan israel pas tak kecoh pun?

masa pertahankan kerajaan DAP perak sanggup guling-guling atas jalan, masa perbicaraan anwar muslimat pas sanggup nyanyi lagu gospel gereja, tapi masa ustaz pas kene jatuh hukuman penjara sebab baling selipar, takde pun perhimpunan besar-besaran dari pas? kenapa pas tak nak pertahankan pengikut sendiri? tak sanggup aku jadi ahli pas.

acu test sepenggal, kita tukar kerajaan pas kelantan dengan bn

Anonymous said...

betullah, pemimpin yang mencederakan rakyat patut diberi pengajaran setimpal. tapi, pemimpin yang meliwat punggung rakyat lagilah kene beri pengajaran lebih setimpal.