Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 6, 2012

DULU MERAYU JAWAPAN LAYU, KINI MOHON MAAF TAPI RAKYAT KATA HANYA ABU


SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Razak memohon maaf atas kesilapan Umno BN disifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai drama.

Beliau berkata, Najib cuma mahu meraih simpati dan mendapatkan semula undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Tiada maaf bagimu. Tidak… Ini bukan drama sehari. Bagus jugalah keinsafan itu. Dalam Islam keinsafan itu penting. Tapi dalam Islam juga kalau kita nak bertaubat bukan hanya bercakap sahaja.

“Saya tengok walaupun (Najib) minta maaf tapi maaf berlapik. Itu yang tak boleh,” katanya dalam wawancara khas bersama HarakahDaily, hari ini.

Baru-baru ini, Najib mengakui Umno BN ada melakukan kesilapan pada masa lalu sehingga rakyat tidak mengundi parti itu dan mengulangi kenyataan sama kepada rakyat Kedah dan meminta rakyat di kedua-dua negeri untuk memberi peluang kepada Umno BN untuk memperbetul kesilapan lalu.

Khalid percaya rakyat bijak untuk membuat pilihan yang betul kerana yakin mereka mampu menilai mana yang baik dan buruk.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pakatan Rakyat sedaya upaya memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat selepas diberi mandat pada 2008.

“Untuk mengubah perlakuan 50 tahun Umno BN dalam masa empat, lima bukan perkara senang tapi inilah peluang untuk rakyat Selangor membuat pilihan.

“Kita sudah mencuba sedaya upaya. Rakyat Selangor bolehlah membetulkan yang tak betul, menyokong perkara yang boleh diperbaiki dan saya harap peluang (kepada pakatan Rakyat memerintah) berterusan,” katanya.
Sepatutnya pemimpin BN perlu bertanya kenapa majoriti kakitangan kerajaan tidak bersama dengan BN?
“Apakah mereka ini jahil dan hilang pertimbangan sehingga menjadi penentang senyap kerajaan BN?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ini, katanya sudah tentu ada perkara yang tidak betul, walaupun otak mereka dibasuh di dalam kursus Biro Tata Negara (BTN).

3 comments:

Aliffnajmi said...

Hadits yang diriwayatkan Ibnu Majah dengan dua isnad yang baik sebagaimana dikatakan al-Mundziri dari Zudan, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi dia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.

Firman Allah SWT: "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (QS. An-Nuur: 22)

Anonymous said...

Masalahnya hadis itu untuk dua orang mukmin yang berpegang teguh dengan Islam. Najib hanya seorang Islam bertaraf munafik. Hadis tu lebih sesuai untuk kemelut pemimpin di Kedah.

Hadis yang sesuai digunakan adalah: seorang mukmin tidak dipatuk lubang yang sama dua kali.

Anonymous said...

Kalau nak minta maaf , beritahu kesalahannya. contoh berikan hak rakyat di negeri yang BN kalah.seperti bajet perkapita pd Selangor, PPinang, Kelantan dan Kedah. Kes NFC kalau BN rasa bersalah..maka buat tindakan dan pengakuan. kalau BN rasa bersalah menggunakan SPR dalam penipuan PRU maka betulkanlah.banyakk sangat perlu diperbetulkan.Kalau saya Ketua Pakatan Rakyat ,saya akan terima maaf Najib tapi serahkan apa yang Najib rampas seperti Negeri Perak dan royalti Kelantan.